Kuih Muih

Resepi Donut Tanpa Telur

resepi-donut-tanpa-telur

Resepi Donut Tanpa Telur

Bahan-Bahan:

Bahan A –

2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis
1 cawan air suam

Bahan B –

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil tepung penaik (baking powder)

Cara Membuat:

1. Satukan bahan-bahan A, dan tinggalkan biar kembang dan buih naik lebih kurang 10 minit.

2. Satukan bahan-bahan B, ramaskan sampai jadi macam serbuk roti.

3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B, gaul dengan tangan sampai menjadi satu doh besar.

4. Tutup bekas tersebut dengan kain lembab, dan biarkan selama 45 minit hingga sejam.

5. Setelah direhatkan, tumbuk doh bagi keluar angin. Kemudian mula la mencanai ikut bentuk yang anda suka.

6. Biarkan seketika supaya kembang sedikit dalam 10-20 minit.

7. Sedia untuk digoreng ke dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana. Goreng dan balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan.

8. Salutkan donut dengan gula halus, serbuk cinnamon, coklat, atau topping yang anda gemari. Atau lubangkan bahagian dalam donut dan paipkan filling kegemaran anda.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Ikan Bilis Viral

Resepi Oleh: ‘Aishah Jauhara – MAHN