Sambal & Pencicah, Sup

Soto Sambal Hitam Padu Mudah dan Sedap

soto-sambal-hitam-padu-mudah-dan-sedap

Soto Sambal Hitam Padu Mudah dan Sedap

Setelah bosan makan laksa, apa kata kita masak “Soto Sambal Hitam Padu” mudah dan sedap.

Bahan Dikisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Bahan Rempah:

  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 kiub ayam
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • 1/2 ekor ayam
  • Santan

Cara Memasak:

1. Kisar lumat bahan yang dikisar ketepikan. Satukan jintan putih, jintan manis dan serbuk lada. Buat gini, baru masak tu rasa mudah nanti.

2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan. Masuk segala jintan dan lada putih yang disatukan. Kacau dan biarkan sedikit garing, bukan hangit ya.

3. Masuk bahan dikisar dan gaul sebati. Kacau sampai rempah kering dan pecah minyak gini. Kacau rempah tak apa, jangan kacau orang.

4. Bila rempah likat elok je, masuk ayam. Balik-balikan ayam tu. Biar sekejap sampai ayam agak masak. Masuk pula air. Anggaran 1.5 liter. Ikut juga la pekat ke cair sikit ke. Kalau suka hirup kuah letak banyak air. Tunggu sampai mendidih.

5. Angkat dan toskan ayam. Ketepikan dulu. Letak suku kotak santan Kara. Barula kuah tu lebih pekat dan lemak sikit. Letak 1 kiub ayam. Kalau kuah banyak letak 1 1/2 kiub ayam. Akhir sekali letak garam ikut citarasa. Siap kuah soto.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sup Tulang Tanpa Rempah Bunjut

6. Ayam tadi kena goreng kejap je. Saya masuk dalam airfriyer. Mudah kerja. Racit-racitkan ayam tu nanti.

7. Sementara tu, jom buat sambal hitam padu. Bahan simple sangat;

  • 10 biji cili api
  • 7 biji bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • 5 sudu kicap

8. Goreng bawang putih dan cili bagi garing sikit je. Angkat dan tos kan. Kisar cili dan bawang yang digoreng tadi dengan kicap serta garam dan gula ikut citarasa.

9. Perah air limau. Kacau sebati dan siap kuah cili padu. Ni dia bahan sampingan untuk dimakan bermasa kuah soto.

Soto Sambal Hitam Padu Mudah dan Sedap

Pehhh, sedap hingga menghirup kuah ke titisan terakhir. Lagi sedap kalau makan dengan pedegil, eh pegedil. Eh, begedil.

Soto Sambal Hitam Padu Mudah dan Sedap

Resepi Oleh: Liza Idris