Kuih Muih

Resepi Kuih Lopes Harum Mewangi

resepi-kuih-lopes-harum-mewangi

Resepi Kuih Lopes Harum Mewangi

Koi Lopes Pandan balut dengan daun pisang, wangi dan sedap.

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan beras pulut (rendam 30 minit dengan 1 sdb air kapur makan, kemudian basuh dan toskan)
  • 2 cawan santan sederhana cair (saya kisar 1/2 biji kelapa parut dengan air kemudian perah dan sukat 2 cawan santan)
  • 1 cawan air pandan (saya kisar 3-4 helai daun pandan dan air, perah pastu sukat 1 cawan)
  • Sedikit daun pisang yang dah dilayur (panjang daun pisang mestilah dalam 2 atau 3 kali gulungan supaya gulungan pulut tu nanti padat)
  • Pewarna hijau epal jika perlu
  • Sedikit garam
  • 1/2 biji kelapa parut amik putih sahaja campur sedikit garam dan gaul (untuk salut kuih lopes)

Bahan Kuah Gula Merah:

  • 2 ketul gula merah
  • 3 cawan air

+ Satukan dan renehkan hingga gula larut. Jika guna gula merah timbang lagi cun sebab kalernya lebih gelap.

Cara Membuat:

1. Satukan pulut, santan, air pandan, garam, dan pewarna hijau dalam periuk. Tanak seperti masak nasi, bila air pulut dah kering, perlahankan api dan masak hingga pulut betul-betul masak. Nak lagi senang masak dalam rice cooker.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Karipap Daun Sup

2. Bila pulut dah masak, bentangkan daun pisang. Masukkan 2 senduk pulut, gulung daun pisang bagi padat. Pastikan betul-betul padat, hati-hati jangan sampai daun pisang koyak. Ikat di sebelah kiri dan kanan, ikat betul-betul ketat yer.

3. Biarkan sejuk, bila dah sejuk baru potong perlahan-lahan guna pisau tajam (saya simpan dalam peti sejuk, kes nak cepat makan). Setiap potongan kuih lopes, golekkan dalam kelapa parut yang dah digaul dengan sedikit garam. Tuangkan kuah gula merah pada kuih lopes, sedapnya.

Resepi Kuih Lopes Harum Mewangi

Resepi Oleh: Mariana Zainal