Ayam, Begedil

Cara Buat Begedil Ayam Saiz Mini

cara-buat-begedil-ayam-saiz-mini

Cara Buat Begedil Ayam Saiz Mini

Assalamualaikum. Ni saya nak share resipi begedil pulak (salah satu accessories dalam soto jualan saya). Kan dah janji, bila saya free, saya akan share resipi yang tertunggak. Yang ni pun saya buat untuk jualan last weekend. Saya buat mini size. Tapi, terpulang pada citarasa masing-masing nak buat besar mana pun. Yang pasti, rasanya rich sampai kucing saya pun sempat curi seketul tanpa saya sedari. Alhamdulillah, walaupun hampir 10 tahun tak buat, tak ada pun yang pecah ketika digoreng. Kalau nak buat stok untuk frozen, goreng sekejap saja. Toskan minyak, sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam bekas. Saya pun nak kena buat lagi ni untuk jualan hujung minggu ni pula.

Bahan-Bahan: 46 ketul – saiz mini

  • 1.5kg/15 ketul kentang
  • 400g/sebungkus ayam kisar berkualiti tinggi/isi ayam yang telah dicarik
  • 1 cawan bawang goreng
  • 1 cawan hirisan daun sup & daun bawang
  • 2 ½ sdt lada putih
  • Garam secukupnya rasa
  • 3 biji putih telur (AA)

Cara Penyediaan:

1. Kupas kentang dan cuci bersih. Kukus sehingga kentang lembut. Sejukkan. Kemudian Lecek kentang sehingga lumat.

2. Campurkan ayam kisar yang telah dicuci, bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang, lada putih, dan garam bersama dengan kentang lenyek. Gaul sampai sekata.

3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (Saya timbang setiap doh dengan berat 25g). Bulatkan dan bentukkan agar lebih cantik dan kemas.

4. Panaskan minyak, salutkan doh begedil dengan putih telur dan goreng sehingga berwarna keemasan.

5. Setelah masak, toskan minyak berlebihan. Sedia untuk dihidangkan bersama bihun soto atau diratah begitu saja. Selamat mencuba.

Nota:

  • Kentang boleh juga digoreng dahulu sebelum dilecek hingga lumat.
  • Jangan balik-balikkan begedil dengan kerap ketika menggoreng supaya begedil tidak pecah.
Cara Buat Begedil Ayam Saiz Mini

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah