Roti

Soft Milk Buns Lembut Gebu Berkrim

soft-milk-buns-lembut-gebu-berkrim

Soft Milk Buns Lembut Gebu Berkrim

Bahan-Bahan:

  • 380g tepung serbaguna
  • 250ml susu full cream
  • 1 biji telur gred A
  • 50g gula pasir
  • 3 sudu kecil instant yeast
  • 55g butter suhu bilik
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Campurkan susu full cream, gula, instant yeast dan telur ke dalam bekas. Kacau rata. Masukkan tepung serbaguna yang telah diayak dengan garam. Uli sehingga doh rata.

2. Buat lubang di tengah-tengah doh dan letak butter. Lipat-lipat doh dan uli lagi sehingga butter sebati dengan doh dan doh menjadi licin. Kalau uli dengan tangan, dalam 15-20 minit. Kalau pakai BM atau mixer, dalam 7-8 minit.

3. Cara nak check doh dah ready atau tidak, ambil sedikit doh. Cuba tarik perlahan-lahan. Jika doh dah ready, doh akan kelihatan elastik dan tak mudah koyak. Macam kita ratakan doh roti canai tu.

4. Tapi kalau tak elastik sangat pun tak mengapa. Sebab resepi ni Sis adjust dari resepi bread tanpa uli. Bila doh dah licin, bulatkan jadi bentuk bola dan simpan doh dalam bekas.

5. Tutup bekas dengan kain atau plastic wrap supaya permukaan doh tak kering. Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Bila doh dah naik, penyekkan doh untuk buang angin. Bahagikan kepada 16 bahagian.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Garlic Cheese Naan

6. Bulat-bulatkan (rounding) setiap bahagian jadi bebola kecil. Susun dalam loyang yang sudah dialas baking paper. Saya pakai loyang 9×9. Perap lagi selama 30/40 minit. Tutup atas loyang dengan kain.

7. Sebelum bakar, tabur sedikit tepung atas permukaan doh. Bakar pada suhu 170°c selama 20-25 minit. Api atas bawah. Boleh dihidang bersama kopi atau dimakan dengan jem atau sekaya. Cicah sup pun sedap ni.

Soft Milk Buns Lembut Gebu Berkrim

Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad