
Sangat Mudah dan Sedap Sambal Sardin Thai
Masakan yang sangat mudah untuk disediakan tapi cukup membangkitkan selera. Selalu buat sambal biasa tapi kali ni kita buat versi sambal thai pula.
Bahan-Bahan:
- 3 biji bawang besar (2 blend 1 hiris bulat)
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji lada merah
- cili api merah & hijau secukupnya
- minyak masak secukupnya
- air secukupnya
- 3 helai daun limau purut (buang tulang belakang)
- 1/2 sudu
- 1 sudu Sambal Belacan Modern Adabi
- Kicap Masin secukup rasa
- 1 asam keping
- garam dan gula secukup rasa
- sos ikan secukup rasa
- 3 tin kecil sardin
Cara Memasak:
1. Blend 2 ulas bawang besar, bawang putih, lada merah dan cili api dengan sedikit air separuh lumat.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend dan daun limau purut sampai garing. Masukkan gula, sambal belacan, kicap masin dan asam keping.
3. Kacau sampai sambal pecah minyak. Tambah air dan perasakan dengan garam dan sos ikan. Kacau sampai mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan sardin. Kacau dan tabur bawang hiris bulat. Kacau seminit dua. Tutup api. Done.
Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo