Ayam, Sambal & Pencicah

Ayam Kicap Daun Kari Dengan Sambal Belacan Gesek

ayam-kicap-daun-kari-dengan-sambal-belacan-gesek

Ayam Kicap Daun Kari Dengan Sambal Belacan Gesek

Nasi ala 3 Budak Gemok. Fenomena betul nasi 3 budak gemok kat KL tu. Nasi biasa je makan dengan ayam kicap specialty depa dengan sambal gesek dan ulam. Tu je. Tapi kalau tengok, ya ampun. Terliurnya. Sumpah.

Nak pegi makan semata mata turun KL memang tak la kan. So kita buat laa dulu versi Nasi Kakak Faa Gemok. Haha. Alhamdullillah. Memang kena laa makan simple gini. Ada rezeki, turun KL kita gi cari budak-budak gemok tu. Tengok sape lagi gemok. Hehe.

Ayam Kicap Daun Kari Dengan Sambal Belacan Gesek

Bahan Ayam Kicap Daun Kari:

  • 1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air.)
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • minyak masak secukupnya
  • 1 cawan daun kari
  • sedikit air
  • 1 sudu rempah kari ayam daging
  • 1 sup bunjut
  • kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu oyster sos
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 asam keping

Cara Memasak:

1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Habiskan goreng ayam.

2. Buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Balance minyak dan panaskan semula. Blend bawang-bawang dan halia dengan sedikit air.

3. Masukkan daun kari dalam minyak yang pnas tadi. Masukkan bahan blend dan tumis sampai garing. Masukkan sup bunjut dan serbuk kari. Kacau hingga garing. Tambah air dan asam keping.

4. Akhir sekali, masukkan seafood sauce dan semua kicap. Kacau sampai mendidih, baru masukkan ayam goreng tadi. Kacau sampai semua masak sebati. Done.

Ayam Kicap Daun Kari Dengan Sambal Belacan Gesek

Bahan Sambal Belacan Gesek:

  • 10 ke 15 biji cili api merah
  • 6 ke 8 biji cili api hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bwang putih
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu gula
  • 1 sudu belacan
  • jus limau secukup rasa
  • sedikit minyak
Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Panggang Ketumbar Dengan Salad Salsa

Cara Membuat:

1. Hiris semua bawang dan semua cili api. Panaskan minyak. Goreng semua bahan hiris sampai layu. Angkat, toskan minyak dan masukkan ke dalam lesung batu.

2. Tambah gula, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat. Masukkan jus limau. Kacau rata.

3. Panaskan 2 sudu minyak tadi, tumis semula bahan tumbuk dalam 5 minit. Done. Makan bersama nasi panas, ayam kicap daun kari dan ulam.

Ayam Kicap Daun Kari Dengan Sambal Belacan Gesek

Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli