Resepi Dessert Lompat Tikam Versi Terengganu
Alhamdulillah.. Siap dessert pembuka hari pertama puasa. Lompat Tikam ic 11 memang takde pulut tau. Nikmat makan sejuk-sejuk, saya lebih suka yang putih tu lebih banyak daripada yang hijau.. hehe.
Bahan-Bahan Lapisan Bawah (Hijau):
- 1 cwn tepung beras
- 3 cwn air daun pandan (blend 6-8 helai daun pandan dengan 3 cawan air & tapiskan)
- 1 sd teh air kapur
- pewarna hijau
Bahan-Bahan Lapisan Atas (Santan):
- 1 cwn tepung beras
- 3 1/2 cwn santan sederhana pekat
- 1 sudu teh penuh garam halus
Bahan-Bahan Air Gula:
- 2 kpg besar gula melaka
- 1/2 cwn gula merah – Tak nak letak boleh skip
- 3-4 sd besar gula pasir
- 2 1/2 cawan air
- 2 helai daun pandan
Cara Membuatnya:
1. Lapisan Bawah; Satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat, berkilat dan meletup-letup tapi jangan terlalu pekat. Sudukan adunan setengah saja ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan dahulu.
2. Lapisan Atas; Satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat, berkilat dan meletup-letup tapi jangan sampai terlalu pekat. Sudukan ke atas lapisan bawah tadi dan ratakan. Biarkan keras/set di dalam peti ais.
3. Air Gula; Satukan semua bahan-bahan di dalam periuk. Masak hingga semua gula cair dan menjadi agak pekat. Tapis dan sejukkan. Tuang air gula ke atas lompat tikam dan sedia dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
Guna Gula Melaka Asli Ni Lebih Sedap Rasanya Nanti >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah