Resepi Sambal Sardin Thai Yum Pla Krapong
Hari ni kakak berbuka di Thailand. Nak share menu ni best jugak. Yelah, asyik masak sardin sambal jer kan. Tak salah mencuba rasa lain. Bahan-bahan pula senang dan mudah didapati. Menu ni sesuai nak buat untuk hidangan berbuka dan bersahur.
Bahan-Bahan:
- 1 tin sardin
- 2 ulas bawang kecil hiris, nak guna bawang Holland pun tak apa.
- 2 batang serai hiris
- 2 genggam daun pudina
- 2 ½ sudu jus limau nipis
- 1 batang daun bawang di hiris
- 2 cili merah atau hijau di hiris
+ Jika suka pedas menyengat boleh tambah cili api ya.
Cara Memasak:
1. Hiris semua bahan di atas kecuali daun pudina. Bukan apa. Daun tu bau ubat gigi sangat.
2. Panaskan sardin. Bahagian ni perlu berhati hati supaya sardin tak hancur. Tempoh pemanasan sekejap jer. Nanti sardin tu dahaga dahla puasa puasa ni kesian dia.
3. Alihkan sardin ke dalam mangkuk putih ni. Tetap kena hati-hati supaya sardin tak cedera ya. Masukkan semua bahan hiris dan daun pudina.
4. Jangan lupa jus limau nipis tadi. Jika suka masin boleh tambah garam atau perasa sesuka hati ya. Kacau kacau dan hidangkan.
Sekian menu dari dapur kakak baby.
Resepi Oleh: Hajar Mohd