
Rasa Sedap Lemak Manis Custard Bread Roll
Sesekali cuba resipi baru. Custard bread roll. Sedap, lemak-lemak manis kastard tu. Resipi dari youtube.
Bahan Kastard:
- 250ml susu segar (saya bancuh je susu tepung fernleaf full cream)
- 1 bj telur
- 40 gm gula kastor
- 15 gm tepung jagung
- 1 sudu kecil esen vanila
- Secubit garam
Campur semua bahan dan kacau rata. Masak atas api sehingga pekat. Ketepikan.
Bahan Doh:
- 100ml susu segar suam
- 1/2 sudu besar yis
- 50gm gula kastor
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1 bj telur
- 300gm tepung gandum
- 45gm mentega
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan kering dalam mixer, kacau sebati dan masukkan susu suam, telur dan esen vanila. Last sekali masukkan mentega. Uli hingga elastik.
2. Kalau uli guna tangan, masukkan susu suam, gula, yis, telur dan esen vanila. Kacau rata. Kemudian masukkan mentega dan tepung, uli sehingga doh menjadi elastik. Rehatkan doh selama sejam.
3. Selepas sejam, tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bolehlah dicanai, anggaran dalam 0.5 cm. Sapukan kastard tadi di atas doh yang siap dicanai, ratakan di semua bahagian doh dan gulung perlahan-lahan.
4. Potong doh tebal lebih kurang 3 cm dengan menggunakan floss atau benang. Rehatkan doh dalam 15-20 minit.
5. Bahan Egg Wash;
- 1 biji kuning telur
- 2 sudu besar susu segar
6. Sapu atas doh dengan campuran telur dan susu dan taburkan kepingan badam di atasnya. Bakar dengan suhu 180c selama 35 minit atau sehingga keperangan.
Silakan share, tak perlu minta izin ye. Terima kasih.
Resepi Oleh: Rosmawati Abdul Wahab