Sambal & Pencicah

Sambal Kacang Pekat Sedap Makan Dengan Sate

sambal-kacang-pekat-sedap-makan-dengan-sate

Sambal Kacang Pekat Sedap Makan Dengan Sate

Bila dah ada sate rasanya tak lengkap jika tiada sambal kacang. Sambal kacang pula mestilah rasa lemak–lemak manis dan pedas sedikit. Untuk buat sambal kacang ini sangat simple juga. Kebiasaannya waktu nak tunggu sate empuk tu saya terus buat sambalnya pula.

Untuk buat sambal kacang sempoi ini sediakan saja bahan-bahannya seperti di bawah;

Bahan-Bahan:

  • 800 gm kacang tanah – disangai
  • 3 biji bawang besar*
  • 1 inch lengkuas*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai – diketuk
  • ½ cawan cili kering – dikisar
  • 1 keping asam jawa
  • 1 cawan gula melaka – ikut citarasa kalian
  • 1 sudu besar gula pasir – saya tambah
  • 1 cawan minyak jagung
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Kisarkan bahan yang bertanda (*).

Cara Membuat:

1. Kacang hendaklah dicuci dan disangai sehingga kering kemudian boleh lah dikisar. Saya kisar kering saja, tak guna air pun. Masukkan minyak jagung atau minyak masak. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga naik bau.

2. Masukkan cili kering yang sudah dikisar tadi. Gaul lagi hingga rata dan naik bau. Masukkan gula merah. Tujuannya untuk mendapatkan warna cili yang cantik ketika gula dikaramel. Saya guna gula merah mamak. Lembut dan cantik warnanya. Boleh juga masukkan asam keping atau asam jawa adabi waktu ini. Sedikit saja tak perlu banyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sotong Cicah Thai Sauce Terlajak Pedas

3. Setelah itu masukkan kacang tanah. Gaul lagi hingga rata. Memang nampak pekat, kemudian masukkan air ikut pekat mana yang kalian mahukan. Perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul hingga mendidih dan siap! Mudahkan?.

Inilah hasilnya! Saya sukakan sambal kacang yang halus. Ada yang suka kasar, terpulang pada citarasa masing-masing. Boleh saja kisarkan kasar kacangnya. Kita yang buat dia kan?

Kuah sambal kacang ni sedap dimakan dengan Sate Goreng.

Sambal Kacang Pekat Sedap Makan Dengan Sate

Resepi Oleh: Nurhayati Maleq