Daging

Resipi Sate Goreng Mudah Tak Perlu Dibakar

resipi-sate-goreng-mudah-tak-perlu-dibakar

Resipi Sate Goreng Mudah Tak Perlu Dibakar

Disebabkan ada yang masih inbox I dan bertanyakan resipi sate goreng ni, jadi I kongsikan semula resipinya kat sini. Resipi sate goreng ni memang resipi turun menurun dari arwah Ummi. Memang kegemaran seisi keluarga.

Pada Syawal pertama kebanyakan orang hidangkan rendang, berbeza dengan keluarga kami lebih sukakan ketupat daun kelapa, sate goreng dan sambal kacang. Tiga lauk itu pun dah cukup dan wajib ada setiap kali raya. Saudara-mara pun mesti akan cari menu ni kalau datang beraya. Tapi sebenarnya nak buat sate goreng ni tak susah pun tau. Sediakan;

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging batang pinang
  • 10 biji bawang merah saiz besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inch kunyit hidup
  • 1 inch lengkuas
  • 1 inch halia
  • 1 senduk serbuk kunyit
  • 2 senduk gula putih
  • 1 senduk besar ketumbar
  • 1 senduk besar jintan manis
  • 2 senduk besar jintan putih
  • 2 senduk minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam

Cara Membuat:

1. Pertama sekali mestilah hiriskan daging melintang dari uratnya supaya daging lebih mudah empuk. Hiris nipis- nipis tau. Kemudian cucikan bersih dan toskan airnya.

2. Dalam mangkuk yang berisi daging. Masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas beserta kunyit. Gaulkan rata. Masukkan sekali dalam 1 senduk serbuk kunyit untuk naikkan warna masakan.

3. Masukkan gula dan gaul rata. Ummi selalu pesan kalau nak buat sate ni tak boleh kurang sangat manis sebab sate boleh jadi masam jika gula terlalu sedikit. Cuma jika mahu kurang juga ikut selera masing- masing lah ya.

4. Part ketumbar, jintan manis dan jintan putih ni memang I lebih suka beli yg kasar. Cuci bersih kemudian sangai sampai naik bau. Berbeza tau rasa dia berbanding beli yang serbuknya sahaja. Setelah disangai kita kisarkan kering sehingga halus.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Daging Goreng Pedas

5. Seterusnya, masukkan ketumbar tadi ke dalam daging tadi. Gaulkan rata. Tutupkan daging. Perapkan selama lebih kurang 4 jam. Kalau nak biarkan semalaman pastikan simpan dalam fridge tau.

6. Setelah diperap. Masukkan 2 senduk minyak masak dan gorengkan sate tadi. Tutupkan kuali biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa untuk kaupkan selalu di bahagian bawah supaya tidak hangus.

7. Nak masak sate ni memang macam rendang juga. Cuma sate ni dia akan kering sedikit berbanding rendang. Sementara menunggu sate masak bolehlah kita rebuskan ketupat segera atau ketupat daun kelapa.

8. Alhamdulillah, siap dah sate goreng kita. Memang sedap sangat. I suka makan sate goreng ni tak berapa kering. Tapi kakak dengan abang I lebih suka makan yang kering.

Boleh makan sate goreng ni dengan sambal kacang ni.

I ni kalau malas nak masak mesti I akan request abang I je yg tolong masakkan. Sebab dia terpaling rajin layankan I bila nak kan sate goreng resipi Ummi. I datang rumah dia untuk makan je nanti. Heheh.

Okey, itu je untuk kali ini. Selamat Mencuba semua!

Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarhamah Ummi, Easah Ibni Kamsiah.

Resipi Sate Goreng Mudah Tak Perlu Dibakar

Resepi Oleh: Nurhayati Maleq