Roti Sardin Crunchy Bancuhan Tepung Paling Penting
Ibu request nak roti sardin crunchy, ayah pula request nak bihun goreng untuk makan petang. Maka, terhasil lah menu petang kami.
Bahan-Bahan:
- Roti gardenia 1 buku yang pendek
- Sardin 1 tin besar (Iqa suka buang tulangnya dan ikannya gorengkan sekejap dan angkat)
- Bawang merah besar 1 labu (hiris)
- Air asam jawa – agak-agak je
- Secukup rasa – agak-agak je
- Tepung gandum 2 cawan
- Telor ayam sebiji
- Serbuk kunyit – agak-agak je
- Air sejuk
Cara Membuat:
1. Buat Inti; Ikan sardin yang dah goreng tadi kite pecah-pecahkan, jangan hancur sangat, sikit-sikit je. Ambik sos sardin tu sikit je agak-agak ya. Masukkan bawang merah besar hiris + air asam jawa dan secukup rasa. Gaul bagi rata. Boleh letak cili api kalau suka pedas, iqa tak buh sebab anak-anak pun nak makan.
2. Roti ambik sekeping letak atas pemotong, ratakan sedikit inti ke atas roti tersebut, jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat bubuh inti tu ye. Letak sekeping lagi roti ke atasnya. Ambik pisau dan potong bagi bentuk segitiga. Buat sampai habis.
3. Bancuhan tepung tu pula, masukkan tepung gandum, pecahkan sebiji telor, secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit dengan air sejuk. Air tu agak-agak je letak jangan pekat dan cair sangat bancuhan tu. Kacau jangan bagi berketul.
4. Celupkan roti sardin kite buat tadi ke dalam bancuhan tepung. Hati-hati jangan sampai isi terkeluar ya, dan terus gorengkan dalam kuali yang ada minyak dah kite panaskan. Terbalikkan dan angkat bila dah keemasan sedikit. Ulang sampai habis. Siap.
Resepi Oleh: Shafiqah Abd Razak