Roti, Snek, snek

Resepi Roti Sardin Viral Sedap

resepi-roti-sardin-viral-sedap

Resepi Roti Sardin Viral Sedap

Bahan-Bahan:

1 tin sardin kecik ( sis Mya pakai Ayam Brand)
1 biji bawang besar
1 tangkai daun bawang
5 biji cili ( ni ikut la tahap kepedasan korang, sis still sakit gusi so kene kuranglah. Hihi)
Lada putih dan hitam secukupnya ( resepi asal guna lada sulah je)
Garam secukupnya ( sis Mya pakai himalayan salt pink tu)
6-8 keping roti potong 4 atau ikut uols nak potong 2 pun okay.
4-6 biji telur (Kalo telur ayam korang besar 3 ke 4 biji cukup. Sis Mya punya telur ayam kecik je. So guna 6. Tu pun sis Mya guna 4 biji dulu. Tengok cam pekat sangat campur lagi. Kalo suka pekat biar je la camtu.)

Cara-cara:

1. Letak sardin dalam mangkuk ke pinggan, hancur-hancurkan pakai garfu.

2. Hirislah bawang, daun bawang, cili semua tu. Hiris dadu kecik-kecik gitu.

3. Pecahkan telur dan kacau kejap pastu masukkan sekali kat mangkuk yang ada sardin tadi. Masukkan sekali bahan-bahan yang dihiris halus tadi. Gaul sebati.

4. Sebabkan sis Mya ada anak-anak kecik so sis Mya buat dua bahagian. Satu tak letak cili la. Bahagikan dua je. Senang.

5. Ok, sekarang dah boleh celupkan roti ke dalam adunan tadi. Kasi rata pastu boleh goreng. Pastikan minyak panas dulu tau.

6. Dah siap boleh hidangkan. Nyumms. Sedap makan macam tu je atau boleh cicah sos😋. Kalo ada mayonis pun sedap ni cicahkan dia.

Resepi Roti Sardin Viral Sedap

Resepi Oleh: Mya Ja’amat