Ayam, Masakan Thai

Resepi Tomyam Thai Campur Macam Makan Dekat Kedai

resepi-tomyam-thai-campur-macam-makan-dekat-kedai

Resepi Tomyam Thai Campur Macam Makan Dekat Kedai

Suka sangat hirup tomyam yang secukup rasa. Makan dengan nasi panas bersama telur dadar pun dah lengkap dah. Yang penting, simple sangat sebab tak perlu tumis tumis. Main campak campak je kesemua bahan.

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu pes tomyam thai
  • 1 biji bawang holland
  • 2 biji limau nipis/kasturi
  • 2 batang serai
  • 1 sudu sos Ikan
  • Sedikit daun limau purut
  • Seinci halia
  • Seinci lengkuas
  • Batang ketumbar/sup
  • 2 biji cili (nak pedas boleh tambah)
  • 2 biji tomato
  • 1 batang lobak merah
  • 5-6 udang
  • 1 dada ayam – dipotong dadu

Cara Memasak:

1. Masukkan dua cawan air dalam kuali bersama bawang holland, Serai, batang ketumbar atau sup, daun limau purut, lengkuas dan halia. Tunggu sehingga mendidih.

2. Bila dah mendidih, masukkan udang dan ayam sehingga masak. Masukkan 1 pes tom yam thai bersama sos ikan dan perahan air limau nipis.

3. Akhir sekali, masukkan tomato. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!.

Resepi Tomyam Thai Campur Macam Makan Dekat Kedai

Resepi Oleh: Maryam Hussain