
Rendang Tok Versi Mekza Kitchen Cukup Rasa Berempah
Punya lah semalam teringin nak makan Rendang Tok, harini pi dapuq terus masak. Cukup segala rempah kita masukkan. Ni makan dengan ketupat palas ka, pulut kuning ka confrm terangkat.
Bahan-Bahan:
- 1 kg Daging (saya guna daging batang pinang fresh, import pn ok, nak guna daging biasa pn boleh. Daging ni perlu perap nanti dengan bahan dibawah – step 2)
- 200gram cili kisar
Bahan Step 1:
- 9 biji bawang merah ros (yang kecik tu)
- 5 ulas bawang putih
- 6 batang serai
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh lada putih
Bahan di atas perlu dikisar sampai halus.
Bahan Step 2:
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 2 sudu teh ketumbar
Bahan di atas disangai tanpa minyak, dan kisar sampai halus.
Bahan Lain:
- Daun kunyit
- Serbuk kunyit
- Rempah Empat sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
- Minyak masak
- Air asam
- 100 gram kerisek
- Serbuk kari daging
- Santan fresh 1 biji (kotak pun okay ja)
- Garam
- Gula
Nota: Kalau orang lama akan letak hirisan kelapa, dan lebur sahaja dalam kuali Tapi versi saya ni, saya tumis.
Cara Memasak:
1. Bismillah, perap daging dengan bahan kisar step (2) semalaman saya campur dengan serbuk kari daging. Malam tadi perap, tengah hari dah boleh msak, kalau malas perap 4-5 jam sebelah pagi. Bila tengah hari atau petang dah boleh masak, tapi kalau malas gak korang beli je lah. Wajib perap ya sebab nak bagi sedap dan daging tu ada rasa.
2. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan, adik beradik, sepupu sepapat dia lah kan. Lepas tu masukkan bahan kisar step 1 dan masak sehingga bau wangi, wangi dia takde lah wangi macam echanteur paris tu, tapi boleh lah janji wangi kan.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak, hurmm korang jangan tanya pecah minyak tu camna ya (saya suke versi tumis, orang lain lebur ja tapi saya tak sebab ni cara saya, tapi kalau korang tak nak tumis pun korang campak ja semua, sebab korang yang masakkan).
4. Lepas tu korang boleh masukkan daging yang dah siap perap tu. Kacau sehingga dia sebati elok dengan penuh kasih sayang dengan bahan tadi. Saya biarkan ja sambil buat keje lain. Ouh yelaa layan tik tok dulu.
5. Bila dia dah mendidih elok, saya masukkan santan, kerisek, air asam. Haa masa ni lah kena masak betul-betul, api perlahan tapi dia kena masak lama sampai dia betul-betul kering. Bila dia kering saya tambah air sikit letak garam dan gula.
6. Lepas tu masak lagi sampai dia kering dan gelap. Perghh berpeluh gak lah masaknya. Saya masak ni sambil layan tik tok nasib tak hangit rendang saya. Bila dah siap tabur lah dengan daun kunyit, korang nak tabur awal-awal pun takpa, tak salah lagi sedap.
Terima kasih sudi cuba resepi ni, jangan lupa share tau.
Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad