Daging

Resepi Rendang Rempah Cili Padi Daging

resepi-rendang-rempah-cili-padi-daging

Resepi Rendang Rempah Cili Padi Daging

Paling penting lepas ni korang nak masak bukak fb je dah boleh masak rendang sedap macam mak-mak masak. Sumpah rendang ni memang sedap giler klau jenis yang pencinta rendang wajib cuba dan serius korang takkan menyesal.

Bahan-Bahan:

  • Daging 1 kg – Hiris sederhana tebal, basuh bersih dan ketepikan

Bahan-Bahan Rempah:

  • 5 sb biji ketumbar
  • 3 sb jintan putih
  • 2 sb jintan manis

Sangai dan sejuk baru tumbuk atau kisar ya. Kalau korang tumbuk time panas die liat, jenuh tak hancur.

Bahan-Bahan Pes:

  • 30-40 batang cili padi hijau (pedas korang ejas sendiri eh mak suke pedas hehe)
  • 2 labu bawang besar belah kan 6 atau 8
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 3-4 batang serai hiris juga
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Cara Membuat:

1. Blender bahan dengan sedikit air. Tuang minyak di dalam kuali, jangan banyak sangat eh. Kemudian, tumis pes sampai naik minyak. Masukkan rempah dan dan sedikit air, kacau lagi sampai naik minyak semula.

2. Seterusnya, masukkan daging dan terus tutup bila keluar air daging dan bila daging kecut baru tambah air dan sedikit garam serta perasa. Biarkan sampai empuk.

Cuba Resepi Ni:  Gulai Khemok atau Gulai Cair ala Terengganu

3. Tambahkan 2 peket kerisik serta 1 kotak santan 250ml. Biarkan bahan mendidih dan pekat. Masukkan daun kunyit hiris dan serai hiris. Gaul sebati dan tambah air asam jawa.

4. Masa ni gaul rata boleh rasa dah kot-kot tak cukup garam masa kite letak mula-mula tadi. Boleh tambah lagi garam dan kalau agak masin boleh tambah santan.

5. Rendang ni boleh buat bekuah atau kering ya, kalau kering kene kurangkan garam masa awal-awal letak tadi. Alhamdulillah makan dengan nasi impit atau nasi panas-panas, ya Allah nikmat sangat.

Resepi Rendang Rempah Cili Padi Daging

Resepi Oleh: Azlina Ina