Resipi Puding Roti Coklat Dengan Sos Kastard

Resipi Puding Roti Coklat Dengan Sos Kastard

Ni jelaaa dessert yang iols rajin nak buat kalau teringin. Yang renyah-renyah kita beli aje. Resipi kita follow Che Nom tapi derhaka sikitlah, ubah ikut citarasa iols. Tak letak kismis. Tak letak serbuk kayu manis semua tu. Resipi lepas diolah sendiri.

Bahan Puding Roti:

  • 8 keping roti
  • 4 sb mentega
  • 1 bar coklat masakan
  • 2 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sk esen vanilla
  • Secubit garam
  • 3 biji telur
  • Gula perang sikit

Bahan Sos Kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 cawan air
  • 4 sb gula
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Untuk Puding Roti; Koyak-koyakkan roti. Sapu mentega dekat loyang dan susun roti tadi dalam loyang. Next, panaskan mentega sampai cair, tutup api. Lepastu masukkan susu full cream, gula, esen vanilla, secubit garam dan telur. Kacau sebati semua bahan.

2. Taburkan coklat bar yang dah dipotong-potong atas roti dan tuang adunan tadi atas roti. Tekan roti supaya tenggelam dan menyerap adunan. Rehatkan lebih kurang 5-10 minit.

3. Tabur gula perang secukupnya atas adunan roti, bakar dengan suhu 170C selama 25-30 minit sehingga puding roti masak dan permukaan roti menjadi perang.

4. Untuk Sos Kastard; Dalam periuk (jangan buka api dulu), masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan secubit garam. Kacau bahan sampai semua larut.

5. Next, buka api lepastu masukkan air dan panaskan adunan sos kastard. Masak sehingga sos kastard masak dan pekat sekata. Boleh hidangkan dengan puding roti.

Guna Pengukus Macam Ni Baru Puding Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resipi Puding Roti Coklat Dengan Sos Kastard

Resipi Oleh: Roslan Eusof