Puding

Resepi Puding Roti Pelangi

resepi-puding-roti-pelangi

Resepi Puding Roti Pelangi

Bahan A:

  • 20gm agar-agar tali – cuci
  • 5 cawan air
  • 3/4 cawan gula

+ Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau-kacau.

Bahan B:

  • 4 keping roti gardenia – buang kulit tepi dan carik kecil-kecil
  • 1 tin susu cair/susu segar
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 penutup botol esen vanilla (star brand)
  • Secubit garam
  • Pewarna ikut suka

Cara Menyediakan:

1. Blender semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus.

2. Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Sentiasa dikacau rata hingga nampak sedikit likat, tutup api.

3. Bahagikan adunan agar-agar tu kepada 3-4 bekas, setiap bekas adunan tu dalam 1/2 cawan. Warnakan ikut suka.

4. Loyang atau acuan, basahkan dulu dengan sedikit air. Kemudian ambil adunan berwarna tuang dalam loyang/acuan berselang seli warna dia hingga habis.

5. Biarkan beku sedikit, kemudian tuang baki adunan (kalau suam, panaskan sekejap atas api perlahan) tadi atas adunan berwarna perlahan-lahan kesemuanya. Sejukkan.

6. Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam, keluarkan dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-lahan. Potong ikut suka, sedia untuk dimakan.

Resepi Puding Roti Pelangi

Resepi Oleh: Zura Zul