Resipi Kuih Bom Bijan Dengan Inti Kelapa
Sebenarnya takut jugak nak buat sebab selalu dengar kuih ni akan meletup bila digoreng. Tapi hari ni saya try buat, ok pulak, dia sangat baik dengan saya. Siap sudah kuih bom atau kami lebih selesa sebut onde-onde. Boleh buat minum petang ni.
Bahan-Bahan Untuk Kulit:
- 3 cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji kentang (rebus & lecek)
- Sedikit garam
- Air suam secukupnya
- 2 sudu besar gula
- Bijan secukupnya
- Inti – saya letak kelapa (ikut citarasa, nak letak kacang merah, kacang hijau atau lain-lain)
Cara Membuatnya:
1. Masukkan gula ke dalam air suam (air ni agak-agak la ye) sebab kita nak bancuh adunan tepung nanti nak letak sikit-sikit sehingga doh jadi cantik. Kacau sehingga gula larut.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan kering di atas dan ubi kentang ke dalam bekas. Boleh la uli doh sambil masukkan air gula tadi sedikit-sedikit. Jangan tuang sekali gus ya.
3. Uli sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan tidak melekat di tangan. Jangan terlalu lembut ya nanti susah nak bentuk. Dah siap boleh la mula bentuk bulat-bulat.
4. Kalau rajin macam saya boleh timbang setiap satu seberat 26gm. Tapi kalau malas, buat je la agak-agak sebesar bola golf tu. Kita buat dia kan?. Ambil satu dan leper-leperkan atas tapak tangan agak-agak dah boleh masukkan inti. Pastu tutup semula kemas-kemas.
5. Bulat-bulatkan kembali cantik-cantik pastu golek ke dalam bijan sehingga melitupi semua bebola tadi. Golek-golekkan semula di tapak tangan supaya bijan tadi lekat cantik. Ulang sehingga habis, aduh penatnye kan?.
6. Bab nak bulat-bulatkan ni la yang mencabar kesabaran. Ok dah siap, ni tipsnya supaya kuih bom tak meletup semasa menggorengnya;
7. Bila dah siap semuanya masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit lebih kurang. Pastu baru goreng dalam minyak yang banyak. Api kecik dan kena rajin balik-balikkan selalu supaya masak sekata luar dan dalam.
8. Dah masak angkat dan toskan. Selamat mencuba ye teman-teman.
Jom Cuba Karipap Mini Rangup Inti serunding Ikan Ini Pula >> KLIK DI SINI

Resepi oleh: Syana Anuya Manmad


