Resepi Kek Pisang Dengan Lapisan Cheese Versi Kukus

Resepi Kek Pisang Dengan Lapisan Cheese Versi Kukus

Cheese ada lagi, pisang pon banyak terus fikir nak buat kek pisang. Resepi ni memang senang, bahan-bahan pon simple. Jom buat!

Bahan-Bahan:

  • 3 biji pisang (dilecek halus)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung @ boleh ganti dengan minyak masak
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar perahan air lemon @ boleh ganti limau nipis

Bahan-Bahan Kering:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudukecik baking soda
  • 1 sudukecik baking powder

Ayak kesemua bahan-bahan ini bersama-sama.

Bahan-Bahan Untuk Lapisan Chese:

  • 125g cheese
  • 2 sudubesar gula caster
  • 1 sudubesar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit perahan air lemon

Gaul sebatikan guna whisk saja. Dah siap ketepikan sebentar.

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan-bahan di atas (gula, telur, minyak, garam, air lemon) dan kisarkan selama 5 minit. Masukkan pisang dan sambung kisar selama 1 minit lagi, tak payah lama-lama.

2. Bahan-bahan kering tadi satukan ke dalam bekas, tuang adunan yang dah dikisar ke dalam bekas tepung. Gaul sebatikan adunan ni. Panaskan pengukus, loyang sapu minyak dulu.

3. Tuang cheese, jangan banyak agak-agak suku loyang ja. Kukus selama 5 minit. Balut tudung pengukus dengan kain. Cukup 5 minit bukak tudung pengukus dan masukkan kesemua adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

4. Siap, sejukkan sedikit baru keluarkan dari loyang. Selamat mencuba ye.

Nota:

  • Adunan cheese ni boleh skip jika tak suka. Boleh terus kukus macam biasa tanpa masukkan adunan cheese.
  • Kalau nak bakar, panaskan oven selama 10 minit dulu. Guna suhu 170C selama 50 minit api atas bawah atau sehingga masak.

Ramai Yang Dah Cuba Kek Pisang Resipi Warisan Keluarga Ni. Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resepi Kek Pisang Dengan Lapisan Cheese Versi Kukus

Resepi Oleh: Syana Anuya Manmad