Kuih Muih

Resepi Kuih Bom Lobak Merah

resepi-kuih-bom-lobak-merah

Resepi Kuih Bom Lobak Merah

Bahan-Bahan:

300gm lobak merah ~ direbus dan dihaluskan
30gm gula halus
2sb butter
2sb susu tepung
280gm tepung pulut
inti kacang merah secukupnya
bijan putih & hitam secukupnya

Cara Membuat:

1. Satukan lobak merah, butter, gula, susu tepung dan tepung pulut separuh dulu. Uli rata dan sebati. Tambah tepung lagi dan jika dah boleh dikepal, tak perlu dihabiskan tepung tu. Jika masih lembik, tambah tepung lagi.

2. Ambil sedikit adunan, letak inti di dalamnya dan tutup kemas. Buat hingga habis.

3. Sapukan adunan dengan sedikit air kemudian golekkan ke dalam bijan. Penggunaan air supaya adunan basah dan bijan akan melekat sempurna dan cantik.

4. Biarkan adunan seketika lebih kurang 30 minit. Kalau terus goreng, kuih akan meletup dan tak cantik.

5. Goreng dengan api yang sederhana hingga kuning keemasan. Hidangkan.