Ayam, Masakan Korea

Ayam Goreng Korea Tabur Bijan Nampak Menyelerakan

ayam-goreng-korea-tabur-bijan-nampak-menyelerakan

Ayam Goreng Korea Tabur Bijan Nampak Menyelerakan

Harini tak mo makan nasi, kita makan ayam goreng korea. Dah lama tak buat, hari ni terrajin.

Bahan Perapan Ayam:

  • 10 ketul ayam bahagian wing
  • 7 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu gula
  • secubit garam

Cara Perapan Ayam: Tumbuk bahan bertanda (*) hingga halus, tumbuk satu demi satu sampai halus semuanya lumur pada ayam dan perap selama 30 minit.

Bahan Menggoreng:

  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung jagung

Cara Menggoreng: Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam campuran tepung. Golekkan ayam dalam tepung dan goreng sehingga keperangan.

Bahan Sos:

  • 5 ulas bwang putih (tumbuk halus)
  • 3 senduk cili kisar
  • 2 biji cili padi merah (tumbuk halus)
  • 2 ketul kecil gula kabung
  • 7 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu jus lemon @ cuka
  • garam secukupnya

Cara Buat Sos:

1. Tumis bawang putih hingga perang, kemudian masukkan cili kisar dan cili padi merah masak hingga garing. Masukkan sos cili, sos tomato, gula kabung dan madu. Biarkan seketika.

Cuba Resepi Ni:  Petua Masakan Pantang Larang Memasak Gulai

2. Kemudian, masukkan jus lemon atau cuka dan kacau sebati pastu masukkan secubit garam. Last sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Sangai bijan kemudian tabur, dah siap.

Boleh Guna Sos Korea Pedas Ni Lagi Cepat >> https://shope.ee/AULJeYgdYP

Ayam Goreng Korea Tabur Bijan Nampak Menyelerakan

Resepi Oleh: Qasih Jue Aisya