Kek

Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Sedap

resipi-kek-pisang-coklat-kluster-kayangan-sedap

Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Sedap

Di bawah adalah resepi asal, yang dalam kurungan tu nota dari saya yang dah mencuba resepi kek pisang viral ni 2 kali.

Bahan-Bahan:

  • 4 biji pisang (saya guna pisang cavendish saiz besar so guna 2 setengah biji je)
  • 1/2 cawan susu full cream/fresh (saya guna dutch lady full cream)
  • 1/2 sudu makan cuka
  • 120g soft brown sugar (saya kurangkan jadi 100g brown sugar)
  • 115g mentega (saya guna pure butter lurpark)
  • 160g tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 25g serbuk koko (saya guna jenama van houten)
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan Hiasan:

  • Walnut/badam yang dibakar (saya guna walnut & hazelnut – sangai atas pan jap)
  • Chocolate chips (saya guna dark coin callebaut 811)

Cara Membuat:

1. Lenyekkan pisang. Campurkan susu dengan cuka untuk jadikan ia buttermilk. Biarkan seketika dalam 10 minit. Cairkan mentega (cair dalam microwave sat, biarkan suam).

2. Campurkan susu dengan gula. Godek-godek dan masukkan mentega. Ayakkan tepung, soda bikarbonat dan koko. Masukkan ke dalam adunan tadi. Masukkan garam dan pisang.

3. Masukkan 2 genggam coklat chips dan segenggam walnut. Jika mahu kekacang, taburkan di atas kek tadi lebihan coklat dan kekacang. Bakar pada suhu 150c selama 45 min atau sehingga kek masak. Guna loyang 7 inci.

Nota:

  • Saya guna loyang petak 6 inci dan bakar suhu 150c selama 1 jam 15 minit, bakar 45 minit tak masak oii. Tapi depends pada oven masing-masing ye. Nak test masak ke idok cucuk kek dengan lidi sate ye.
  • Sedap tau kek ni. Ala-ala kayangan gitu rasa dia. Yelah bahan-bahan pun premium. Kebetulan ada pisang kat rumah yang dah masak ranum. Bahan-bahan lain memang dah ada kat rumah. Mak kan bakers sendu, so memang selalu ada stok bahan-bahan buat kek ni.
  • Saya buat petang semalam, dah sejuk masuk peti. Pagi tadi nak makan potong dan panaskan dalam microwave. Sedap makan panas-panas coklat dia melting gitu, ditambah dengan kerangupan kekacang.
Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Sedap

Resipi Asal: Rushdi Lazim
Dicuba & Diolah Oleh: Nurha Muhammad