Kek

Resepi Butter Cake Simple Guna Homemade Buttermilk

resepi-butter-cake-simple-guna-homemade-buttermilk

Resepi Butter Cake Simple Guna Homemade Buttermilk

Resepi mudah butter cake yang simple guna homemade buttermilk ni saya ambil dari Channel YouTube Layla Salikin dan saya improvised sikit ikut cara saya.

Bahan-Bahan:

  • 4 Biji Telor saiz A
  • 160gram MARJERIN LATIFOLIA
  • 140gram Gula Kastor
  • 200gram Tepung Superfine
  • 1/2 sudu besar Double Action Baking Powder (Optional – Nak guna Baking Powder biasa pun ok je)
  • 1 sudu teh Creamy Vanilla Essence (Optional – Nak guna Esen Vanilla biasa pun ok je)
  • 1/4 Cawan Buttermilk (Jika tiada stock Buttermilk kat rumah, ikut resepi Homemade Buttermilk yang saya sertakan dibawah)
  • Sedikit Pewarna Lemon

Resepi Homemade Buttermilk: Mix 1/4 susu full cream dengan 1 sudu besar Cuka – Dah siap

Cara Membuat:

1. Mix Marjerin LATIFOLIA dan Gula Kastor untuk 5 minit. Selepas tu off sebentar mixer dan kaup semula adunan dari bawah ke atas supaya adunan sekata. Lepas kaup adunan, sambung mix lagi 5 minit.

2. Lepas tu off mixer dan kaup semula dan on semula mixer dan masukkan telor satu persatu. Mix setiap satu telor dalam kiraan 1 minit (pandai-pandai la ye). Lepas tu off mixer.

3. Masukkan 1 sudu teh Creamy Vanilla Essence ke dalam bancuhan Homemade Buttermilk tadi. Dengan hanya menggunakan whisker, masukkan Tepung Superfine berselang seli dengan Homemade Buttermilk tadi sehingga selesai.

4. Boleh juga titiskan pewarna Lemon sedikit jika suka. Tak suka, tak perlu letak. Simple. Boleh start panaskan oven ye. Lepas tu masukkan adunan kek ke dalam LOYANG 7 INCI. Boleh lorekkan adunan dalam loyang tu dengan lidi satay untuk buang bubble.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Marble Tiga Rasa

5. Bakar kek ikut suhu oven masing-masing ye. Bab oven ni agak sulit untuk saya explain kerana oven kita berbeza. Guru saya pernah berkata, KENA BERCINTA dulu dengan oven kita. Suhu saya;
150c – 1 jam 40 minit
Api atas bawah
Off kipas oven
Oven 100L Orimas

6. Bila dah kek dah siap, sejukkan kek dan wrap kek dengan cling wrap dan chill dalam chiller untuk 1 jam. Lepas 1 jam boleh unwrapped dan potong kek serta sedia untuk dinikmati.

Nota:

Latifolia Margarine >> https://shope.ee/AK3iiHHG17
Double Action Baking Powder >> https://shope.ee/8pEuvYZMJc
Creamy Vanilla Essence >> https://shope.ee/3KtyNUWwuA

Resepi Butter Cake Simple Guna Homemade Buttermilk

Resepi Oleh: Norizan Abdullah