
Resepi Ayam Masak Merah Bersantan Style Utara
Ayam Masak Merah Bersantan MR yang viral dan fofular yang telah banyak kali dishare di page-page juga di group-group. Post resepi sekali lagi sebab ramai yang pm termasuk majalah apa ntah. Dah banyak kali juga dah bagi resepi dan telah dishare oleh page-page masakan.
Seperti yang dah habaq aritu 2 jenis masakan yang Makcik Ratu buat meniaga dedulu, yang sungguh laku antaranya ‘Ayam Masak Tomato ala-ala Miss Kulim dah masak aritu dan ramai dah yang try masak dan feedback sungguh memberangsangkan.
Ini juga satu lagi resepi yang sangat sedap dan terbaik juga. 20 tahun dah guna pakai resepi dan disimpan rapi hingga ke hari ini. Ayam Masak Merah ala-ala Utara dipersembahkan untuk hangpa semua. Walau nampak seakan sama tapi ingredients sedikit berbeza. Memang sesuai dengan nasi tomato dan lain-lain. Selamat Mencuba Hangpa.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam dipotong ikut suka, kalau nak meniaga dipotong 12. Ayam dibersihkan digaramkunyit dan digoreng. Jangan goreng terlalu lama nanti keras.
- 1 cawan santan pekat
- 1 tin kecil kacang peas
- 1 tin kecil tomato puri
Bahan Tumis:
- Setengah biji bawang besar dipotong nipis
- 2 ulas bawang putih
- 2 btg kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 biji cengkih
Bahan Dikisar:
- 20 biji cili kering dipotong direbus dikisar halus. Kalau suka pedas guna 25-30 biji cili kering.
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 cm halia
- 2 cm lengkuas
Semua bahan-bahan ini dikisar halus.
Cara Memasak:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis tadi dah layu baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng sebentar, terus masukkan bahan-bahan kisar. Gaul rata baru masukkan tomato puri.
2. Masak sampai pecah minyak dan biarkan sedikit kering (periuk kena sentiasa ditutup sebab masakan ini merecik). Masukkan ayam dan santan pekat, gaul rata baru masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.
3. Perlahankan api sebentar, biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api. Masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan. Sesuai sangat dimakan dengan apa-apa jenis nasi.
Resepi Oleh: Mak Cik Ratu