Kek

Resepi Kek Pisang Moist Confirm Sedap

resepi-kek-pisang-moist-confirm-sedap

Resepi Kek Pisang Moist Confirm Sedap

Kek pisang ni, 1/2 jam licin family ika makan. Semua kata sedap, siap request suruh buat lagi. Jenuh bertahun-tahun ika cuba buat kek pisang. Ade je tak kene dengan tekak ika. Sebab tiap kali buat kek pisang, mesti ade rasa soda bikarbonat (rasa pahit soda bikarbonat). Tapi kali ni, ika olah resepi kek pisang ni. Alhamdulillah. Jadi SEDAP, GEBU, LEMBUT, MOIST, tak rasa pahit soda bikarbonat.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 7 biji pisang mas
  • 1 setengah cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecik sda bikarbonat
  • 1 cawan coklat chip (optional)

Cara Membuat:

1. Masukkan telur, gula, dan minyak ke dalam blender. Blend ketiga-tiga bahan ni hingga gebu atau selama 6-10 minit. Kemudian, masukkan pisang dan blend lagi hingga hancur semuanya.

2. Pada bekas lain, masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik, dan bahan yang kita blend tadi. Masukkan juga coklat chip dan gaul hingga tepung sekata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Blueberry Oreo Layer Cheesecake

3. Bila dah siap adun, boleh la letak pada loyang dan hias la macam mana korang nak. Bakar dengan suhu 150c selama 45 minit, ikut oven memasing juga ye. Nak tau dah masak atau tak, cucuk dengan garfu okay. Siap!.

Resepi Kek Pisang Moist Confirm Sedap

Resepi Oleh: Noratiqah Nordin