Resipi Chewy Choc Chip Cookies Memang Sedap

Resipi Chewy Choc Chip Cookies Memang Sedap

Assalamualaikum semua. Hai! First time share resipi kat group ni. Untuk penggemar cookies ala-ala subway tu, mehla try resipi ni. Crispy di luar, chewy di dalam. Memang sedap!

Bahan A (Ayak):

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk baking powder

Bahan B:

  • 115g buttercup
  • 120g gula halus
  • 90g brown sugar

Bahan C:

  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit esen vanilla

Bahan D:

  • 300g choc chip (Boleh guna milk chocolate beryls & potong dadu if takde choc chip)

Cara Membuat:

1. Campur kesemua bahan B dan kacau guna whisk atau senduk kayu. Jangan terlebih kacau. Just kacau biar sebati dah cukup. Kemudian masukkan Bahan C. Kacau lagi. Dah sebati masukkan Bahan A sedikit demi sedikit. Masukkan Bahan D (choc chip) dan gaul rata.

2. Scoopkan guna sudu atau scoop ice cream atas dulang. Make sure letak kertas alas warna putih (baking paper) tu untuk elakkan cookies melekat. Susun jarak-jarak sebab nanti adunan mengembang. Masukkan adunan yang dah siap atas loyang ke dalam peti sejuk selama sejam.

3. Lepas sejam, boleh bakar dalam oven selama 15 minit, dengan suhu 180c celcius. Kalau suka rangup, bakar selama 20 minit. Kalau suka chewy, bakar dalam 15 minit je. Siap! Selamat mencuba!.

Nota: Boleh dapat lebih kurang 30 keping biskut.

Cuba Juga Biskut Coklat Hitam dan Badam Belgium Ni, Memang Rangup! >> KLIK DI SINI

Resipi Chewy Choc Chip Cookies Memang Sedap

Resipi Oleh: Hidayah Mat Saleh