Resepi Biskut Chocolate Chip Tanpa Telur

Resepi Biskut Chocolate Chip Tanpa Telur

Selepas beberapa orang dok pm mintak resepi, hari ni saya gigihlah juga nak tunaikan permintaan yang nakkan resepi biskut chocolate chip saya ni haa. Ikutkan banyak aja resepi biskut chocolate chip ni, tapi saya punya versi tak ada telur dan semestinya resepi ni asalnya resepi mak saya dan saya olah sikit.

Untuk satu bancuhan ni bolehlah dapat dalam 90-100pcs ikut size kita buat. Saya guna butter blend brand butterich, kalau nak guna marjerin pun boleh, pure butter pun boleh. Ikut selera masing-masing. Jadi, marilah kita tengok bahan-bahan dia.

Bahan-Bahan:

  • Butter – 300g
  • Castor sugar – 100g
  • Brown sugar – 100g
  • Coco powder – 35g
  • Tepung gandum – 300g
  • Tepung jagung – 125g
  • Peanut chunk – 60g
  • Chocolate chip – 70g
  • Vanilla essen – 5ml
  • Soda bicarbonate – 5g

Cara Membuat:

1. Mula-mula beat gula dengan butter. Guna balloon whisk. Untuk mixer saya ni saya terus guna speed 4. Beat sampai sebati tapi jangan terlalu kembang. Bila dah nampak butter dan gula dah sebati, boleh masukkan vanilla essen dan soda bicarbonate. Siap. Keluarkan balloon whisk. Kacau guna spatula sampai ke bawah sebelum kita pergi ke next step.

2. Sekarang tukar kepada flat beater. Masukkan coco powder. Gunakan speed 1 saja, beat sampai nampak agak sebati dah cukup. Tak perlu lama, lebih kurang 1 minit aja beatnya. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Beat sebati. Masih gunakan speed 1. Bila dah guna flat beater ni memang kita just guna speed 1 saja.

3. Bila dah sebati tepung semua, masukkan peanut chunk dan chocolate chip. Tuang aja semua. Beat lagi sampai sebati. Dah siap doh kita. Kalau nak guna piping beg, boleh beat lagi sikit bagi doh agak lembik sikit. Kalau untuk tekap, doh tak boleh terlalu lembik. Cukup kita rasa boleh kepal.

4. Ikutlah suka nak buat bentuk apa. Kita suka bentuk bulat je senang macam kita ni bulat-bulat semuanya tak jumpa jalan nak diet. Bakar dengan suhu 160c, masa 28 minit. Kena tengok juga oven masing-masing punya suhu macam mana. Dah siap bakar. Masuklah dalam balang. Lepas tu simpan untuk dinikmati.

Cuba Juga Biskut Coklat Hitam dan Badam Belgium Ni, Memang Rangup! >> KLIK DI SINI

Resepi Biskut Chocolate Chip Tanpa Telur

Resipi Oleh: Wan N Wan M