Resipi Biskut Arab Pelangi Bau Semerbak

Resipi Biskut Arab Pelangi Bau Semerbak

Kebetulan ada permintaan nak makan biskut yang klasik jadi kita selit BISKUT ARAB PELANGI dalam list biskut raya tahun ni, semerbak bau.

Bahan-Bahan:

  • 250 gm tepung gandum
  • 80 gm gula aising
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 200 gm minyak sapi QBB
  • 1 sdt esen vanila
  • Pewarna merah hijau kuning
  • Bahan salut
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar susu tepung (optional) – saya letak utk kurangkan manis gula

Cara Membuat:

1. Putar minyak sapi dan gula aising hingga sebati dengan whisk atau senduk kayu. Masukkan kedua-dua jenis tepung. Gaul hingga adunan lembut. Jika adunan lembik tambah tepung sedikit demi sedikit.

2. Bahagi adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan warna merah, hijau, dan kuning. Ambil sedikit doh dari setiap warna dan gulung memanjang. Tangkupkan ketiga-tiganya dan potong doh tadi mengikut saiz yang kita hendak. Bulat-bulatkan adunan.

3. Susun atas loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 160c. Setelah biskut masak golekkan biskut yang masih panas dengan gula castor bercampur susu tepung. Pastikan betul-betul sejuk seblum disimpan dalam bekas kedap udara.

Cuba Biskut Arab Susu Ni, Rasanya Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resipi Biskut Arab Pelangi Bau Semerbak

Resipi Oleh: Rozmaliza Omar