
Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam
Bahan-Bahan:
- Tepung gandum 1/2 kilo (tak kisah cap apa)*
- Serbuk kunyit sedikit (jika perlu)*
- Garam secubit*
- Gula 2 sudu besar*
- Telor 1 biji*
- Sedikit serbuk soda bikarbonat*
- Daun Kuchai
- Taugeh
- Udang – cuci bersih tanpa membuang kulit
Cara-cara Membancuh Adunan Tepung:
1. Campur semua bahan-bahan bertanda * gaul-gaul rata. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung.
2. Setelah sebati semua baru masukkan daun kuchai, taugeh dan udang. Gaul-gaul rata ketepikan rehatkan doh sebentar anggaran masa setengah jam.
3. Setelah cukup tempoh perapan bolehla digoreng seperti cucur-cucur yang biasa kita buat. Lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu kemudian baru tuangkan aduanan dengan menggunakan tangan, toskan setelah masak.
Bahan-Bahan Untuk Kuah Kacang:
- Setengah kilo kacang tanah yang digoreng tanpa minyak atau disangai, buangkan kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur.
- 15 biji Cabai kering potong dan rendamkan dengan air sehingga kembang*
- Bawang besar 1 labu*
- Bawang putih 2 ulas*
- Serai 1 batang*
Cara-cara Membuat Kuah Kacang:
1. Kisar semua bahan-bahan bertanda * kemudian masukkan minyak ke dalam periuk untuk menumis, setelah itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
2. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan air dan kacang tanah yang dikisar, anggaran air mengikut kepekatan citarasa kuah masing-masing.
3. Masukkan gula, garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu, masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak. Kemudian tutup api, siap! dan boleh dihidangkan bersama cucur udang tadi.
Selamat mencuba semua, semoga berjaya.

Resepi Oleh: Mazitah Ahmad Nur Solehah