Resepi Puding Susu Kacang Merah
Bahan-Bahan:
- 20g agar-agar tali
- 5 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 tin kacang merah
- 1 tin susu cair
- 1 sb tepung kastard – bancuh dgn sedikit air
- 1 – 2 sb susu pekat manis
- Pewarna merah/maroon
- Secubit garam
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur agar-agar. Masukkan gula, kacau-kacau kemudian tinggalkan 1/2 cawan susu cair dan selebihnya tuang dalam periuk agar-agar tadi.
2. Masukkan susu pekat dan tepung kastard, kemudian masukkan secubit garam dan kacau-kacau serata. Kacang merah dalam tin asingkan dulu 1/2 cawan untuk diblender dengan 1/2 cawan susu cair yang ditinggalkan tadi.
3. Lebihan kacang merah tadi boleh masuk dalam loyang 8×8/acuan. Untuk bahagian ni kacang merah tu akak buang air dalam tin, jirus dengan air. Tak nak buat cara akak pun pe, tuang terus kacang merah tu dalam loyang.
4. Seterusnya, tuang separuh agar-agar tadi dan biarkan sederhana beku. Baki lebihan agar-agar tadi campur dengan bahan blender. Kalau rasa kurang manis kat sini, tambah gula atau susu sambil masukkan sedikit pewarna merah/maroon. Kacau-kacau dan biar masak seketika.
5. Akhir sekali, tuang perlahan-lahan atas agar-agar susu tadi sampai habis. Biarkan beku sejuk dengan simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam. Keluarkan dan potong ikut suka, sedia untuk dihidangkan atau makan.
Resepi Oleh: Zura Zul