Resepi Nasi Ayam Hainan ala Chicken Rice Shop
Semalam suami request nasi ayam hainan ala ala chicken rice shop, harini kita payung resepi.
Bahan-Bahan Rebusan Ayam: (air rebusan nanti kita akan ambil untuk masak nasi, buat sos dan kicap)
- Ayam seekor (ambik lemak dan ketepikan, kalau nak nampak cantik pakai whole chicken, tapi kat rumah ni takda whole chicken, jadi kulit nampak huduh sikit lah)
- Daun bawang
- Halia 2 inci (ketuk)
- Kiub ayam 2 ketul
- Garam secukup rasa
Bahan Sos:
- Cili merah besar 3 tangkai
- Cili padi merah 3 tangkai (kalau nak pedas lebihkan)
- Bawang putih 3 ulas
- Halia parut 1 sudu kecik
- Perahan air limau kasturi (nak ganti dengan lemon, cuka makan pun boleh)
- Garam
- Gula
- Air rebusan ayam
Bahan Kicap:
- Air rebusan ayam
- Kicap cair 4-5 sudu besar
- Minyak bijan 1 sudu besar
Bahan Nasi:
- Nasi 4 pot
- Air rebusan ayam (ikut sukatan beras)
- Daun pandan
- Bawang putih 4 ulas cincang halus
- Bawang holand setengah biji potong dadu/hiris nipis
Bahan Lain:
- Timun
- Salad
- Tomato
- Minyak bijan (untuk sapu atas ayam)
Cara Memasak:
1. Rebus ayam dengan daun bawang, halia, kiub ayam dan garam dalam api perlahan. Bila ayam dah masak, angkat dan rendam dalam air sejuk.
2. Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan lemak ayam tadi sampai lemak cair. Tumis bawang holland dan bawang putih sampai baik bau dan kekuningan. Masukkan beras, goreng sekejap beras selama 2-3 minit.
3. Bila dah sebati, masukkan air rebusan ayam, garam, dan daun pandan. Masak nasi macam biasa.
4. Untuk sos; Blend cili merah, halia, cili padi, air limau, garam dan gula. Lepas blend boleh tambah air rebusan ayam ikut kepekatan yang hampa nak. Sos ni hampa boleh didihkan atau pun terus makan.
5. Untuk kicap pulak, hampa campur ja air rebusan ayam dan kicap cair dengan minyak bijan. Untuk sup pula, hiris daun bawang dan taburkan dalam sup.
6. Sebelum potong ayam, sapu minyak bijan atas kulit ayam. Sedia dihidang dengan timun, salad dan tomato. Siap!.
Boleh Guna Minyak Bijan Jenama Ni, Halal dan Tak Berbau >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Naqiyah Sidek