Ayam

Resepi Ayam Masak Rose

resepi-ayam-masak-rose

Resepi Ayam Masak Rose

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam saiz sedang
  • setengah tin susu cair
  • setengah biji santan kelapa yang pekat
  • 3 sudu makan tomato puree
  • 3 sudu makan sos tomato (yang dalam tin)
  • 7 tangkai daun pudina
  • sepokok daun sup
  • 1 tin kacang peas
  • 2 sudu makan rempah kari daging Babas

Bahan Unuk Diblender –

  • 20 biji cili kering
  • 10 biji cili merah
  • 2 labu bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • halia sebesar ibu jari
  • 2 biji buah keras

Bahan Tumis –

  • setengah cawan minyak sapi (boleh juga guna minyak masak, butter atau marjerin)
  • selabu bawang besar yang dihiris
  • 2 ketul kulit kayu manis
  • 10 bunga cengkih
  • 2 bunga lawang
  • 6 buah pelaga
  • 2 helai daun pandan

Cara Masak:

1. Belah dua ayam, basuh le camne korang nak basuh. Lumur le dengan garam dan kunyit. Pastu goreng bagi kering air dan atau ambal-ambal je, orait ketepikan.

2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan tumis sampai kekuningan. Masukkan bahan blender, tomato puree, tomato sauce, ok masuk sesiap daun pudina, rempah kari daging.

3. Bila dah mendidih, masukkan santan dan susu cair, garam, gula. Masak sampai pecah minyak, jika tak pecah minyak, masukkan lagi minyak. Masak sampai pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Kam Heong

4. Masukkan ayam tadi, tambah air supaya ayam boleh berendam dalam kuali dan pastikan ayam dah masak. Ok, masak sampi kuah agak pekat.

5. Masukkan kacang peas, daun sup yang dihiris halus, renihkan sekejap. Orait, bila dah masak, korang cantum le ayam tu bagi nampak tembam. Rasa garam, gula supaya seimbang dalam resepi ni. Siap.

Resepi Ayam Masak Rose

Resepi Oleh: Aque Azemi