Nasi

Nasi Daging Dengan Sambal Kerisik Bertambah Selera

nasi-daging-dengan-sambal-kerisik-bertambah-selera

Nasi Daging Dengan Sambal Kerisik Bertambah Selera

Alhamdulillah, nasi daging in the house.

Bahan Rebusan Daging:

  • 1 kg daging – potong kiub kecik-kecik
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara Membuat:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam. Kemudian, tumis dan masukkan rempah kurma, serta serbuk jintan manis. Biar sampai pecah minyak sikit. Masukkan air, daging, dan garam. Masak sampai daging empuk.

2. Dah empuk daging boleh keluarkan, nanti boleh potong nipis-nipis. Air rebusan nanti kita amik separuh untuk sup, letak daun sup dengan bawang goreng. Lagi separuh untuk masak nasi.

Nasi Daging Dengan Sambal Kerisik Bertambah Selera

Bahan Untuk Nasi:

  • 2 setengah pot beras – cuci, rendam dalam 5 minit sekejap
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 2 inci halia – kisar
  • 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, pelaga)
  • 1 sudu besar butter/ghee untuk tumis
  • 2 helai daun pandan – simpulkan
  • 1 batang serai – ketuk
  • 3/4 cawan susu cair (taknak masuk pun takpe)
  • Air rebusan daging secukupnya

Cara Memasak:

4. Tumis bahan hirisan, bahan kisar, 4 sekawan dengan butter. Masuk pandan dan serai sekali. Dah naik wangi, masuk beras, susu cair, dan air rebusan daging.

5. Ni pandai-pandai sukat ye, sebab lain beras lain sukatan dia. Biasa naz sukat ke dalaman beras sama dengan ke dalaman air kat atas beras tu. Biar masak dalam rice cooker.

Nasi Daging Dengan Sambal Kerisik Bertambah Selera

Bahan Untuk Sambal Air Asam Kerisik:

  • 3 biji cili merah besar
  • 6 biji cili padi – ikutla nak pedas mana
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 inci belacan bakar
  • 2 biji tomato – potong 1/2 biji untuk kisar, yang lebih hiris
  • 1 sudu besar kerisik – siapa suka kerisik lebih, boleh tambah
  • 1/2 biji air limau kasturi – optional, kalau suka masam, boleh letak. Tak suka tak payah letak pun takpe.
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Ayam dan Sambal Geprek

Cara Membuat:

6. Kisar je semua bahan kecuali kerisik, bawang besar, dan tomato. Tomato naz amik dalam 1/2 biji kisar sekali. Yang lebih hiris. Kisar kasar sedap.

7. Dah siap kisar, masukkan hirisan bawang, tomato, dan kerisik. Nak tambah cili merah dan cili padi potong-potong pun boleh. Kerisik ni ikut suka awak nak letak banyak ke sikit tau.

8. Perasakan dengan gula dan garam ikut suka. Tambah jus limau kalau suka. Rasa dulu ikut tekak masing-masing, baru adjust limau ok. Kalau dah ok, tak letak limau pun takpe. Naz suka bau limau tu. Hihi.

Siap! Semoga bermanfaat & selamat mencuba.

Nasi Daging Dengan Sambal Kerisik Bertambah Selera

Resepi Oleh: Sharinaz Redwan