Resipi Nona Manis Pandan Lemak Manis Santan

Resipi Nona Manis Pandan Lemak Manis Santan

Nona manis, dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak manis gitu. Hari ni ariana nak share resepi nona manis, semanis senyumanmu, hihi. Ariana juga ada bagi tips macam mana nak buat nona manis nampak licin dan cantik.

Bahan A (Step 1):

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur

Bahan B (Step 2):

  • 1/2 cawan air daun pandan (air + 4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
  • 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1sk pewarna hijau
  • Bahan C (Step 3)
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1sk garam
  • 1sk gula

Nota: Ariana guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.

Cara Membuat:

1. Untuk step pertama. Kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau takda pengisar, boleh whish hand je. Dah siap, ketepikan.

2. Step ke 2 pulak, masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Lepas tu, masukkan tepung jagung dan kacau sebati. Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.

3. Masukkan pula bahan yang dikisar di step 1 tadi. Kacau sehingga sebati. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan, bila dah sejuk tapis dan letak dalam botol.

4. Step ke 3 pula, masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam ke dalam periuk. Kalau suka masin, boleh tambah garam. Kacau sehingga sebati. Pastikan adunan jugak sedikit pekat dan tidak cair. Dah sejuk tapis dan letak dalam botol. Ariana letak dalam botol macam ni.

Resipi Nona Manis Pandan Lemak Manis Santan

5. Sapu dulu acuan lompang dengan minyak supaya kuih tak melekat dan letak 3/4 adunan warna hijau dalam acuan. Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau ke dalam sangat, nanti bercampur dengan adunan hijau.

6. Tips untuk dapatkan kuih nona manis yang cantik dan licin, wrapkan loyang. Di sekeliling loyang ariana buat lubang, cucuk dengan lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh. Boleh buat banyak lubang. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

7. Dah masak tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan. Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Selamat mencuba.

Guna Pengukus Elektrik Macam Ni Kuih Nona Masak Sempurna! >> KLIK DI SINI

Resipi Nona Manis Pandan Lemak Manis Santan

Resipi Oleh: Ariana Sofia Ahmad