Resipi Mudah Ayam Masak Santan Berlado

Resipi Mudah Ayam Masak Santan Berlado

Resepi ni kalau korang nak buat sebagai menu cicah ketupat, lemang ke, pun boleh sangat. Yang membezakan dengan rendang biasa tu, penggunaan cabai jer dan tambahan bahan-bahan lain untuk penyedap rasa. Nak cepat, korang buat jer resepi ni. Cuba tau! Senang jer.

Bahan-Bahan:

  • Ayam yang telah siap digoreng
  • Cabai besar 3 biji (kisar)
  • Bawang merah 6 biji (kisar)
  • Bawang putih seulas (kisar)
  • Tomato sebiji (kisar)
  • Sedikit lada hitam (kisar)
  • Serai 1 batang (diketuk)
  • Bawang merah 3 bijik (dihiris)
  • Bawang putih 2 ulas(dihiris)
  • Santan kotak dalam setengah kotak
  • Serbuk kari 2 sudu

Cara Memasak:

1. Gunakan semula minyak goreng ayam tadi, tumis serai dulu dan biarkan sedikit garing. Kemudian, masukkan bawang yang telah dihiris. Masak sampai garing.

2. Masukkan pula bahan yang dikisar tadi dan masak sebentar sampai mendidih. Seterusnya, masukkan serbuk kari, garam dan gula.

3. Masukkan santan, biarkan sekejap bahan-bahan tu mesra. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak sampai pecah minyak. Siap! Simple kan?

Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Premium Ni, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resipi Mudah Ayam Masak Santan Berlado

Resepi Oleh: Fairuz Abu Hassan