Masakan Barat

Resepi Western Shepherd Pie Inti Ayam

resepi-western-shepherd-pie-inti-ayam

Resepi Western Shepherd Pie Inti Ayam

Bahan Untuk Lapisan Ayam:

  • 400gm isi ayam cincang – Lebih sesuai jika daging lembu atau kambing (lamb) ye, saya guna ayam sebab anak-anak tak berapa suka daging lembu dan memang tak makan lamb
  • 1 biji bawang holland – dadu kecil
  • 5 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1/2 biji carrot – dadu kecil
  • 1 biji tomato – dadu kecil
  • 1/2 biji capsicum – dadu kecil
  • 1/2 cawan kacang peas – optional
  • 1 botol sos spaghetti perisa traditional – Saya guna jenama kimball
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Garam & gula secukup rasa
  • Aji- optional
  • Sedikit minyak zaitun untuk menumis

Cara Membuat:

1. Masukkan sedikit minyak zaitun dalam kuali, sedikit je ye dan panaskan. Kemudian tumis bawang holland hingga layu, seterusnya masukkan bawang putih. Kacau hingga bawang kelihatan agak kekuningan.

2. Kemudian masukkan tomato yang didadu, kacau 3 minit. Selepas itu masukkan isi ayam bersama 1/2 cawan air serta kiub pati ayam. Kacau sehingga ayam nampak kecut atau air ayam agak kering.

3. Selepas itu masukkan tepung gandum, tujuannya supaya lapisan ayam ni tak terlalu berderai ye dan kacau rata seminit. Seterusnya masukkan semua sos spaghetti bersama capsicum, carrot dan kacang peas. Kacau 5 minit.

4. Seterusnya perasakan secukupnya dengan garam, gula dan perasa, dari segi rasa bergantung pada citarasa ye. Kalau ada yang suka rasa agak manis-manis boleh lebihkan gula sedikit dan kalau ada yang suka sedikit sahaja rasa manis tak perlu bubuh banyak.

5. Biarkan ia mereneh lebih kurang 5 minit dan baru masukkan rosemary dan oregano. Sesuaikan rasa, siap.

Bahan Untuk Lapisan Kentang:

  • 700gm kentang russet (guna kentang ni ye baru sedap, sangat gebu dan senang nak buat)
  • 1 sudu besar butter
  • 60 ml whipping cream (boleh guna susu segar je pun ok)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Kupas kentang, kemudian potong dadu besar kentang. Renehkan air secukupnya dalam periuk, bila air dah mendidih masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Rebus sehingga kentang cukup empuk ye.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Black Pepper Sauce Premium

2. Bila kentang dah empuk, tutup api dan toskan kentang. Satukan kentang dengan semua bahan-bahan lain dan lecek sekata. Guna sudip penekan daging burger untuk memudahkan kerja melecek.

3. Part lecek ni penting ye, sebenarnya lecek kentang ni sekejap je tak sampai 5 minit pun saya buat. Sebab saya taknak terlebih lecek, bila terlajak lecek tekstur kentang akan jadi macam ada gam. So, akan susah untuk ratakan atas lapisan ayam nanti, make sure jangan over lecek.

4. Seterusnya sediakan tray size yang bersesuaian, letakkan dan ratakan lapisan ayam dibahagian dasar tray terlebih dahulu. Kemudian scoop kan sekata dibahagian atas lapisan ayam (saya guna ice cream scooper untuk memudahkan kerja).

5. Kemudian ratakan perlahan-lahan kentang lecek supaya lapisan kemas dan sekata. Bla dah rata, kalau suka lorekkan dengan garfu untuk dapatkan sedikit corak menarik. Taknak lorek pun takpe, ikut lah kreativiti masing-masing dan citarasa masing-masing.

6. Seterusnya kalau nak lagi menarik boleh sapu sikit permukaan shepherd pie dengan sebiji kuning telur atau kalau suka boleh taburkan parutan keju parmesan diatasnya. Saya tak letak sebab saya tak berapa suka cheese. Untuk yang suka cheese boleh letak lebih pun takpe.

7. Selepas itu boleh lah bakar shepherd pie anda pada suhu 200c selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga lapisan permukaan shepherd pie berwarna keemasan. Apa pun bergantung pada oven masing-masing.

Resepi Western Shepherd Pie Inti Ayam

Resepi Oleh: Adnil Sam