Daging

Resepi Mudah Daging Masak Asam Sedap

resepi-mudah-daging-masak-asam-sedap

Resepi Mudah Daging Masak Asam Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo daging – Jangan hiris besar-besar tau
  • 2 biji bawang besar hiris
  • 6 ulas bawang putih hiris
  • Halia sebesar ibu jari hiris
  • 2 batang serai diketuk (saya buh ekstra lagi 2 batang serai)
  • 1 helai daun kunyit dicarik-carik
  • 1 cawan air asam jawa sederhana pekat
  • 1 sudu besar jintan manis (tumbuk halus, saya kisar dengan air asam jawa)
  • 1/2 sdb garam
  • 1 sdt gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi atau cili merah (untuk hiasan)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan serai, bila serai dah agak garing masukkan bahan-bahan hiris. Tumis hingga layu, masukkan daging. Guna api sederhana, perlahan masak hingga air daging kering dan naik minyak.

2. Bila dah elok naik minyak masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan naik minyak dan masukkan air bila kuah dah mula kering.

3. Akhir sekali, masukkan daun kunyit, cili besar, garam, gula dan bahan perasa (jika perlu). Masak hingga pekat elok (kalau suka berkuah boleh tambah 1/2 cawan air).

Resepi Mudah Daging Masak Asam Sedap

Resepi Oleh: Mariana Zainal