Resepi Lala Bercili Singapore Style
Dah masak tengah hari ke tu? Jom buat Lala Bercili Singapore Style. Selalu orang buat ketam bercili kan? Modal besar sangat. Pakai lala pun sedap wei.
Sedap wei, kakchik makan ratah gitu je. Makan dengan nasi panas pun onz. Semalam dah makan daging, hari ni kita makan yang dalam laut pula.
Rasa pedas, manis dan lemak berkrim yang disukai ramai. Puas hati sangat, kebetulan lala tengah murah ni kan. Korang patut cuba buat.
Bahan-Bahan:
- 1 kg lala
- 1 biji bawang merah**
- 3 ulas bawang putih**
- 4 sdb cili kisar
- 4 sdb sos cili
- 2 sdb sos tomato
- 2 sdb sos tiram
- 2 butir telur
Cara Membuat:
1. Kisarkan bahan bertanda (**). Kakchik rendam lala 15 minit dengan air garam. Lepas tu bilas 3 kali sampai puas hati untuk bersihkan lala dari Lumpur.
2. Dalam kuali tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak. Kalau suka lebih pedas boleh lebihkan cili kisar.
3. Bila bahan tumis tadi dah naik minyak Dan mendidih masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kakchik pakai bekas yang sama senang nak cuci.
4. Kacau-kacaukan semua bahan sampai mendidih ganas. Masukkan air 1/2 cawan. Gaul rata, kecilkan api. Biarkan bahan tumisan memekat.
5. Masukkan garam dan gula sesuai selera. Rasa dulu tau. Sebab nanti dah tak boleh ejas rasa dah. Masukkan lala yang dah dibersihkan. Biarkan lala masak elok dalam sambal kita tadi. Api kecil saja tau.
6. Masukkan telur yang dah di kacau rata. Biarkan 3 minit sampai telur sedikit memekat baru gaul rata. Kita nak telur dan sambal menyalut rata lala kita tadi. Biarkan semua sambal memekat. Matikan api.
7. Masukkan cili api kalau suka extra pedas. Kalau tak suka boleh abaikan. Masukkan juga daun bawang dan daun ketumbar untuk aroma yang mengasyikkan.
Uishhh seksi gila lala bercili kita ni. Dah masak nasi ke belum tu. Jom makan jom. Sedap ni kakchik makan gitu saja pun syok habis.
Resepi Oleh: Umi Watie