Resepi Ice Cream Brownies
Bahan A:
400gm coklat masakan
150gm butter
Bahan B:
100gm tepung naik sendiri
30gm serbuk koko
Bahan C:
100g gula perang
100gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur gred A
Cara Buat:
1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata (A). Pukul telur bersama .gula castor, gula perang, esen vanila (C).
2. Dalam bekas lain, satukan koko dan tepung naik sendiri dan ayakkan (B). Masukkan bahan A ke dalam bahan C. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Gaul rata.
4. Alas acuan 10’x10′ dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.
5. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160C selama 30-40 minit.
6. Bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan brownies didalam oven selama 10 -15 minit, ini untuk mendapatkan hasil kedut yang cantik. SIAP.
Nota:
1. Cara aznie buat ni untuk dapatkan kedutnya. Gaul gula telur sekadar sebati je ye, takyah sampai gula hancur. Masukkan coklat panas yang telah cair, sebatikan je. Kemudian bubuh tepung dengan serbuk koko, sebatikan lagi. Kemudian biarkan seketika dalam 10-15 minit, baru masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas kek. Boleh la dibakar.
2. Untuk yang ni aznie buat bentuk aiskrim. Pastikan batang aiskrim ada ye, kat bakery memang ada jual. Cairkan coklat secara double boil dahulu, kemudian boleh la kita hias broenies ikut citarasa. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Aznie Khasri