
Resepi Tauhu Begedil Inti Overload
Salah satu makanan frozen yang mesti ada dalam peti cikgu. Cikgu buat lebih kemudian bekukan dalam bekas. Jangan tak tahu, hangat tau sambutan resepi tauhu begedil cikgu kongsi dekat wall sebelumnya. Ramai berminat sebab namanya kali ini cikgu panggil tauhu begedil inti Overload.
Kenapa namanya begini, kawan cikgu tengoklah gambar sampai habis. Walaupun ramai dah sedia maklum resepi asalnya, cikgu tunjuk juga sebab ada kelainan cikgu buat. Tak cukup setakat dua tiga ketul masuk mulut. Makan sampai tak sedar dah licin sepinggan sebab sedap yakmat. Kalau dijadikan menu tambahan masa buat potluck dulu-dulu mesti tauhu begedil ni habis yang pertama. Tak percaya? Haa cikgu dah buat. Habis sekelip mata je. Semoga bermanfaat.
Jom mula buat;
1. Bahan yang diperlukan, 5 biji kentang yang siap direbus kemudian dikupas kulit berserta hirisan daun sup. Cikgu lupa potong cili merah, nanti hiris nipis dan sediakan sekali.
2. Untuk rasa inti yang lebih sedap, tambahkan campuran daging kisar. Cikgu masak sekejap atas pan. Tambahkan hirisan bawang merah, holland dan bawang putih yang dipotong dadu. Perasakan dengan 1 sudu besar sos blackpepper, serbuk blackpepper dan secubit garam.
3. Lenyek dengan lesung batu kentang tadi. Kemudian masukkan daging kisar, daun sup, cili merah serta 2 sudu besar bawang goreng. Perasakan dengan 1/3 sudu kecil serbuk lada sulah, secubit dua serbuk perasa dan secubit kecil garam.
4. Gaulkan sebati kesemuanya sekali, rasa inti tidak perlu masin kerana pencicah sambal kicap yang akan melengkapkannya.
5. Sediakan tauhu kering, kemudian belah tauhu berbentuk X dengan gunting. Kali ini untuk kelainannya, cikgu tambahkan bahan di bawah untuk disumbat sekali dalam inti tambahan tauhu secara berasingan;
- crabstick
- bebola daging (rebus seketika dan belah 4)
- sosej cheese (celur seketika)
6. Ambil inti tambahan di atas dan bulatkan sekali bersama kentang lenyek tadi. Bentukkanlah macam mana rupa gayanya sekali pun. Asalkan semua inti tersebut muat dalam tauhu.
7. Haa siap. Setiap ketul tauhu ada tambahan inti berlainan. Kalau tak nak bahagian atas cepat hangus, sepatutnya sumbat inti betul-betul masuk dalam tauhu kering tu.
8. Seterusnya, pecahkan sebiji telur. Cikgu tak letak garam pun. Kacau-kacau. Ambil seketul demi seketul tauhu tadi celup dalam telur. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
9. Sentiasa balik-balikkan selepas salutan telur mengeras. Angkat sesudah kulit luar garing dan toskan.
10. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal kicap awesome dan gigit cili padi hijau sekali kalau lawan pedas. Sesuai sungguh makan bila-bila masa. Yang lebih cikgu masuk bekas dan frozenkan. Mudah tetapi sangat sedap. Semoga bermanfaat.
Resepi Oleh: Afy AL Habibi