Makanan Laut

Resepi Lala Buttermilk Cheese Lemak Berkrim

resepi-lala-buttermilk-cheese-lemak-berkrim

Resepi Lala Buttermilk Cheese Lemak Berkrim

Petang ni kita minum petang macam omputih sat. Lala Buttermilk Cheese namanya. Meratah saja pun sedap oi. Makan dengan roti boleh. Makan dengan spageti pun boleh tau.

Sedap oiii. Meratah saja pun sedap yakmat. Lemak berkrim disukai ramai. Lagi-lagi ada topping cheese tu. Tak jadi lauk kalau masak gini. Kalau yang buat diet keto atau atkins memang boleh buat. Nak tau apa ke benda atkins dengan keto tu boleh gugel ek. Jom kita buat.

Bahan-Bahan:

  • 1kg lala
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api
  • 1 sdb chili flake
  • 1 sdb lada hitam
  • 1 cawan susu segar
  • 4 keping keju
  • Daun bawang
  • Keju mozarella

Cara Memasak:

1. Mula-mula tumiskan bawang putih cincang. Tumiskan sampai dia naik bau. Masa ini bau dia Masya-Allah sistur memang bikin cacing goyang Inul.

2. Bila bawang putih dah kekuningan bubuh cili api, chili flake dan lada hitam. Kalau suka pedas boleh gandakan jumlah cili api. Kakchik suka pedas manja-manja macam kakchik. Manja tu kakchik, yang pedas tu korang.

3. Semua dah garing dan wangi bubuhkan susu segar. Takde susu segar bubuh susu cair pun boleh. Nak bancuh susu anak pun boleh. Takde hal ye adik kakak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ketam Cili ala Singapore

4. Bila susu dah mendidih masukkan keju keping. Gaul gaulkan supaya semua rata. Kena adil dan saksama. Bila keju dah cair elok masukkan lala yang dah dibasuh bersih dalam kuali. Gaul gaulkan biar lala masak.

5. Tuangkan dalam mangkuk cantik yang tahan ketuhar. Taburkan keju mozarella dan daun bawang. Bakar dalam ketuhar 180 darjeh selsius selama 25 minit sampai keju cair.

6. Tada dah siap, hidangkan pada anak dan suami. Sesekali makan gini seronok juga. Modal pun tak mahal mana. Selamat mencuba korang.

Resepi Lala Buttermilk Cheese Lemak Berkrim

Resepi Oleh: Umi Watie