Roti

Resepi Doh Roti Manis Mulus

resepi-doh-roti-manis-mulus

Resepi Doh Roti Manis Mulus

Buat roti untuk bekalan breakfast anak anak esok pagi. Bakar bagi garing sikit sebab nak fefeling macam roti kat kedai, boleh cicah kopi O pagi esok. Resepi sama macam sebelum ni cuma kalini ubah sikit dari biasa. Korang nak buat boleh ikut resepi kaksue share sebelum ni yea. Nak manis tambah la gula pasir halus ye, kali ni kaksue skip bread improver, alhamdulillah menjadi jugak.

Bahan-Bahan:

  • 1000gm tepung high protein/tepung roti
  • 100gm gula pasir halus (kaksue add jadi 180gm)
  • 10gm garam halus
  • 2biji kuning telur
  • 30gm serbuk tepung susu full cream
  • 4gm bakerine plus (bread improver)
  • 550ml air sejuk +-
  • 100gm shortening atau nak lebih pun boleh
  • 12gm yis instant saf

Cara Penyediaan:

1. Timbang semua bahan dan masukkan dalam mixer atau breadmaker.

2. Campur bahan kering, telur kecuali garam dan shortening. Masukkan air sikit demi sikit dan uli sampai jadi doh. Kalau nak buat 900 tepung hp dan 100gm tepung gandum pun boleh.

3. Kemudian, masukkan garam dan shortening, uli sampai berkilat, licin dan tak lekat di bowl. Rehatkan doh selama 5 minit dan bentukkan.

4. Kalau nak buat roti burger, kaksue timbang doh 80gm. Kalau nak buat pau malaysia korang timbang doh 30gm atau 40gm. Kalau kata nak buat roti manis, tambah gula kepada 180gm atau 200gm. Terpulang pada citarasa ye, yang roti macam roti paung tu doh 20gm jer.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Kukus Sekaya Durian

5. Rehatkan doh bagi kembang, pastu sembur dengan susu full cream untuk buat roti, baru permukaan dia cantik la. Tapi apa-apa pun doh tu uli biar berkilat dan licin. Step rounding pula kena kemas dan licin, jangan bagi terbuka bila buat bulat bulat tu ye.

6. Panaskan oven, kemudian bakar dengan suhu 180c api atas bawah selama 20 minit, ikut oven masing-masing. Selamat Mencuba!.

Resepi Doh Roti Manis Mulus

Resepi Oleh: Suhasnida Ismail