Begedil, Sayur

Resepi Tauhu Begedil Ayam

resepi-tauhu-begedil-ayam

Resepi Tauhu Begedil Ayam

Bahan-Bahan:

Tauhu goreng pok (Ira buat 15 ketol je)
Isi ayam cincang
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Ubi kentang 5 biji ira guna yang saiz sedang
Daun bawang
Bawang goreng
Garam
Maggi cukup rasa

Cara Masak:

1. Tauhu potong bentuk x bahagian atas buang isi dalam dia. Sebab kita nak sumbat inti yang kita buat nanti.

2. Kupas kulit ubi kentang dan potong 4 nak suruh mudah masak dan empuk. Rebus dan masukkan sedikit garam.

3. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan isi ayam cincang goreng sampai masak. Masukkan garam dan maggi cukup rasa.

4. Bila ubi kentang dah masak awak angkat dan toskan. Lenyekkan ubi kentang masa masih panas dan campurkan bersama isi ayam yang digoreng tadi, masukkan juga isi tauhu tadi (jangan membazir tau amalan syaiton). Masukkan daun bawang yang telah dipotong dan bawang goreng. Gaul-gaul biar sebati dan cuba dulu siket cukup rasa dah ke belum Kalau belum tambah lagi garam atau maggi cukup rasa.

5. Awak sumbat la ke dalam tauhu inti yang awak buat tadi. Inti ke orang pangil eh lantak la wak ira pun tak tau orang panggil apa. Hehe

6. Pukul 2 biji telur bersama secubit garam, celupkan tauhu yang siap disumbat tadi dan goreng ke dalam minyak yang panas. Ok done.

Nak jugak ke resipi sambal kicap? Ok ira share la ye cara ira buat sambal kicap. Ira suka buat banyak-banyak terus sebab ira hantu sup dalam sup wajib ira masukkan sambal kicap. Eh nape masuk cerita sup pulak ni? hehe…

Ni resepi bagi sebekas kecil Sambal Kicap kalau awak nak buat siket je just nak cicah tauhu bergedil je awak kurangkan la bahan ye.

Bahan-Bahan:

Lada 50 tangkai ira guna, lagi pedas lagi sedap ui
Bawang putih 2 atau 3 ulas
Cuka
Kicap
Gula
Garam

Cara Buat:

1. Masukkan lada, bawang putih, cuka awak agak-agak la sebab ira main masukkan je, kicap pun awak masukkan agak-agak tergelam lada, garam secubit dan gula 3 sudu. Awak blend sampai hancur lada dan bawang tadi.

2. Ambil kuali atau periuk awak panaskan sambal kicap yang awak blend tadi sampai gelegak, jangan taruk minyak pulak ye. Try la siket apa yang kurang kalau kurang masam tambah cuka siket kurang manis tambah gula.

Ok siap, sedialah untuk dimakan.

Resepi Tauhu Begedil Ayam

Resepi Oleh: Che Norzafira Che Zaila