Kuih Muih

Resepi Talam Cha Cha Lemak Manis Sedap

resepi-talam-cha-cha-lemak-manis-sedap

Resepi Talam Cha Cha Lemak Manis Sedap

Assalamualaikum. Kuih talam sememangnya sesuai untuk apa jua majlis sebab ianya boleh dipotong dalam bite size. Mudah untuk tuan rumah membuat bajet & mudah juga untuk tetamu mengambilnya. Sebenarnya ini 1st time saya buat kuih talam saiz besar. Biasanya saya buat saiz kecil (6×6 inci) untuk makan sendiri saja. Alhamdulillah, menjadi dengan baik sekali. Siap dapat pakej smooth surface, tak ada air bertakung & tak lembik. Masa hari kejadian, saya siapkan kuih ni jam 4.30 am & sempat rehatkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Loyang 10×10 inci/64 potong

Bahan Lapisan Bawah:

  • 120g (1 cawan) cha cha
  • 150g tepung beras
  • 30g tepung gandum
  • 150g gula pasir
  • 200g santan pekat
  • 550ml air
  • 1/2 sdt garam

Bahan Lapisan Atas:

  • 120g tepung gandum
  • 30g tepung jagung
  • 150g gula pasir
  • 200g santan pekat
  • 650ml air
  • 2 biji telur A/B
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 sdt esen ros
  • Sedikit pewarna merah jambu

Cara Penyediaan:

1. Lapisan Bawah; Rebuskan cha cha sehingga empuk dan toskan. Satukan kesemua bahan kecuali cha cha. Kacau sebati dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap. Masukkan cha cha ke dalam adunan tepung dan gaul sekata. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit dengan api besar.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bingka Nyor Guna Kelapa Parut

2. Lapisan Atas; Satukan kesemua bahan. Kacau sebati dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-35 minit dengan api sederhana besar. Sejukkan kuih selama 6-8 jam sebelum dipotong dengan pisau plastik.

Nota:

  • Cucuk bahagian tengah kuih dengan lidi. Jika tiada adunan tepung yang melekat bermakna kuih telah masak sepenuhnya.
  • Balut tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitis di atas permukaan kuih yang dikukus.
Resepi Talam Cha Cha Lemak Manis Sedap

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah