
Resepi Mee kungfu Seafood Dengan Kicap Cili
Masak Mee Kungfu Seafood je untuk makan hari nie. Saya share resepinya sekali, boleh anda cuba.
Bahan-Bahan:
- 250g Mee Kuning
- 2 biji telur
- Seafood pilihan
- 3 ulas Bawang putih (cincang halus)
- 3 biji Cili padi (ketuk sedikit)
- Sedikit Lada sulah
- 1 sudu besar Tepung jagung (bancuh dengan air)
- Sayur pilihan
- Air secukupnya
- 1 sudu besar Sos tiram
- Garam dan perasa
- Minyak untuk menumis.
Bahan-bahan kat atas untuk satu hidangan je ye, kalau nak buat lebih boleh gandakan bahan.
Cara Memasak:
1. Ambik mee kuning, basuh dan toskan. Pecahkan sebiji telor dan letak sedikit garam kacau telur tu masukkan kuetiau gaul sebati dan goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Cara buat kuah; Panaskan minyak tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan cili padi dan masukkan isi ayam dan udang goreng sampai masak. Masukkan lada sulah dan sos tiram serta masukkan air. Air tu agak- agak lah ye, kalau nak kuah banyak mana, terpulang ya.
3. Bila kuah mendidih, masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air, nak kepekatan kuah macam mana terpulang selera masing-masing ye. Ambk sebiji lagi telur (saya guna telur putih je) dan tuang dalam kuali dan kacau cepat-cepat ye. Masa nie baru masukkan sotong ye.
4. Masukkan garam dan perasa dan sayur pilihan. Ok, bila kuah dah masak boleh lah tuang atas mee kuning yang digoreng tadi. Boleh lah tabur sedikit bawang goreng kat atas hidangan dan boleh perah limau kasturi jika suka.
Cara Buat Kicap Cili Potong; Potong cili padi dan masukkan dalam kicap cair, siap. Selain daripada mee kuning boleh juga masak kuetiau kungfu.
Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman