Puding

Resepi Puding Mangga Guna Mangga Asli

resepi-puding-mangga-guna-mangga-asli

Resepi Puding Mangga Guna Mangga Asli

Sangat mudah. Jom buat!, saya guide secara detail tau biar semua berjaya buat dengan sedap dan cantik.

Bahan-Bahan: Loyang petak 8 inci

Lapisan Pertama (Putih) –

  • Potong dadu 4-5 biji mangga. Nak kurangkan pun boleh.
  • 8 gram agar – agar tali
  • 3 cawan air
  • 50 gram gula
  • 130 gram susu segar
  • 30 gram dairy whipping cream

Lapisan Kedua (Kuning) –

  • 300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga (blend mangga sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga. Dah blend sila tapis)
  • 8 gram agar – agar tali
  • 3 cawan air
  • 30 gram gula
  • 130 gram susu cair
  • 30 gram dairy whipping cream
  • 3 sudu makan sunquick mangga

Cara Membuat:

Lapisan Pertama (Putih) –

1. Potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.

2. Letak atas api sederhana 8 gram agar-agar tali dengan 3 cawan air. Biarkan mendidih dan agar-agar tali tadi terurai. Masukkan 50 gram gula, dah larut baru masukkan 130 gram susu segar dengan 30 gram dairy whipping cream.

3. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan=lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti sejuk.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Biskut Crackers

Lapisan Kedua (Kuning) –

4. Guna api sederhana, masukkan 8 gram agar-agar tali dengan 3 cawan air. Bila mendidih masukkan 30 gram gula. Bila gula dah larut masukkan 130 gram susu cair, 30 gram dairy whipping cream, 300 gram puree mangga dan 3 sudu makan sunquick mangga.

5. Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 2-3 minit. Off api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi. Sebelum tuang cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat dan tak terpisah.

6. Setkan dalam 3-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. InsyaAllah sedap. Buatlah juga untuk jualan, InsyaAllah ramai suka.

Resepi Puding Mangga Guna Mangga Asli

Resepi Oleh: Muhammad Ali