Snek, snek

Resepi Takoyaki Mudah Guna Mi Sedaap

resepi-takoyaki-mudah-guna-mi-sedaap

Resepi Takoyaki Mudah Guna Mi Sedaap

Sakan hero-hero dera mak minta nak makan lagi. Semalam dah buat hari ni buat lagi tau, tak rugi ada stok Mi Sedaap di dapur. Pelbagai perisa pilih sahaja nak yang mana satu, macam-macam boleh buat, suka sangat dapat makan takoyaki mi sedaap homemade rasanya sangat puas hati. Mari saya kongsikan resipi.

Bahan A: Inti

  • 1 bungkus mi sedaap goreng perisa sambal
  • 1 mangkuk kecil kubis – dihiris halus
  • 1 mangkuk kecil lobak merah – disagat halus
  • 1 mangkuk kecil sosej/isi ayam/isi ketam/sotong

Bahan B: Bancuhan Adunan

  • 200gm tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung goreng ayam instant
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 400ml air

Bahan C: Sos Takoyaki Homemade

  • 2 susu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap biasa (masin)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 8 sudu besar gula perang (brown sugar)
  • 6 sudu besar air

Cara Membuat:

1. Bahan A; Didih air, rebus mi sedap goreng perisa sambal kemudian buang air dan gaul mi sedap dengan perencah, minyak, kicap dan sos cili. Ambil gunting potong pendek mi tersebut.

2. Sediakan juga bahan inti yang lain, semuanya dihiris kecil dan ketepikan sebentar.

3. Bahan B; Satukan bahan dan masukkan air sedikit-sedikit bancuh hingga licin tidak berketul, paling senang boleh guna blender kisar halus. Kemudian tuang ke dalam botol yang bercorong supaya senang untuk menuang ke dalam pan takoyaki.

Cuba Resepi Ni:  Brownies Kedut Cantik Sesuai Untuk Jamuan Sekolah

4. Sediakan kuali takoyaki sapu sedikit minyak dan panaskan;

Step 1 – Letak adunan hingga penuh, letak inti (mi sedaap, isi ayam & sayur) biarkan bahagian luar masak elok.
Step 2 – Kemudian guna lidi cungkil ke posisi tepi 90 darjah, letak lagi bancuhan adunan biarkan masak elok.
Step 3 – Angkat takoyaki, letak sedikit adunan dan letak semula di part yang berlubang, supaya semua ruang ditutupi dengan adunan.
Step 4 – Apabila takoyaki elok bulat, golekkan takoyaki supaya bahagian luar masak garing kemudian alihkan ke dalam pinggan.

5. Bahan C; Sos homemade, satukan semua bahan masak atas api kacau hingga gula licin.

6. Cara hidangan, makan takoyaki bersama dengan sos homemade sedia dinikmati.

Resepi Takoyaki Mudah Guna Mi Sedaap

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish