Homemade Takoyaki Anak-Anak Dekat Rumah Pun Suka
Tengok pun terliur kan? PKP ni elok la layan dengan anak-anak kat rumah. Resepi ni la yang Kak Liza guna sepanjang 9 tahun juai takoyaki. Semoga bermanfaat.
Resepi Takoyaki (26-30 Biji)
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sdb tepung jagung
- 2 biji telur
- 1 3/4 cawan air
- 1 sdb serbuk stok ayam
- 1 sdt garam
- 2 sdb minyak masak
- 1 sdt baking powder
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut.
2. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. Sambil itu, sediakan bahan untuk inti pula.
Bahan Inti:
- Sotong/udang/crab stick/sosej
- Daun bawang – hiris nipis
- Kobis bulat dihiris halus
- Carrot diparut halus
Cara Membuat Takoyaki:
1. Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak disetiap lubang. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
2. Letakkan inti sotong/udang/crab stick/sosej disetiap lubang. Taburkan carrot, daun bawang dan kobis. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
3. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
4. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat. Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan.
5. Teruskan memasak sampai nampak garing. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan dan hiaskan dengan bahan hiasan atasnya.
Bahan Hiasan Atas:
- Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
- Mayonis
- Bonito flake – beli kat Aeon bahagian makanan Jepun dalam shopee pun ada taip ja bonito (dalam shopee tu semua ada)
Cara Hias:
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan bonito flakes
Resepi Sos Takoyaki:
Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan sos tomato
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan kicap kipas udang
- 1 sdb tepung jagung
- 1/2 cawan gula
- madu
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan dalam periuk. Masukkan tepung jagung dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
2. Sejukkan sos dan gaulkan dengan madu, kalau suka manis lebihkan. Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.
3. Selamat mencuba. Resepi ni kalau nak buat niaga pun boleh. Semoga bermanfaat, doakan semoga kakliza terus diberi kesihatan yang baik, ditambah rezeki yang ada dan berjaya capai semua impian kakliza ye.
Mesti Ada Acuan Takoyaki Ni Baru Boleh Buat >> https://shope.ee/jBEu4Dj7
Resepi Oleh: Norliza Razali